ALOR SETAR: Deretan tiga buah kedai dan sebuah kediaman musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Alor Gunung, Jalan Gunung Keriang di sini, pada pukul 8 pagi ini.
Api kebakaran yang marak dengan pantas itu memusnahkan kedai perabot, kedai jualan lampin pakai buang, kedai dobi dan sebuah kediaman.
Mangsa, Nurhaitulnisaq Abu Hassan, 26, yang juga pemilik kedai dobi berkata, dia tidak menyangka, rancangannya dengan suami untuk berpindah lokasi premis perniagaan ke Kepala Batas yang berdekatan rumahnya tidak kesampaian berikutan tragedi yang menimpa hari ini.
Katanya, dia ingin mencari kedai lebih baik dan selesa berbanding kedai dobi ini yang strukturnya kayu.
Kebakaran itu, kata Nuhaitulnisaq, menyebabkan semua baju pelanggan yang dihantar ke dobinya hangus terbakar selain lima buah mesin basuh dan sebuah mesin pengering juga musnah.
Dia turut menggangarkan kerugian lebih RM80,000.
“Baru semalam saya dan suami berbincang kalau boleh nak cari kedai yang dekat dengan kawasan perumahan, namun, tidak sangka hari ini jadi macam ini (kebakaran),” katanya.
Kejadian itu turut menyebabkan kedai lampin pakai buang, musnah dijilat api.
Pemiliknya, Ibrahim Ismail, 33, berkata, ketika kejadian, dia berada di rumahnya dan terkejut dimaklumkan jirannya yang kedai miliknya terbakar.
Sebaik sampai di lokasi, Ibrahim ternampak api sudah marak dan kedainya sudah terbakar.
“Tidak ada apa yang selamat, (stok) lampin baru saya tambah, semuanya habis (musnah)… anggaran kerugian lebih RM10,000,” ujarnya.
Sementara itu, dalam kejadian itu juga, seorang penghuni, Ismail Ibrahim, 70, melecur di lengan kanan ketika hendak menyelamatkan isterinya, Rohani Dahalan, 67, dan mengambil barangan rumah.
Menurut Ismail, dia cuba memasuki rumahnya dengan menyuluh lampu untuk ambil pakaian disebabakan bekalan elektrik terputus.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba Ahmad Naufal Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada jam 8.22 pagi.
Sejurus selepas panggilan diterima, sepasukan anggota dari BBP Alor Setar dan dibantu pasukan dari BBP Jalan Raja tiba di lokasi jam 8.30 pagi dan berjaya mengawal api pada jam 8.43 pagi daripada merebak ke beberapa kedai berhampiran.
Katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan hanya seorang penghuni rumah melecur di lengan kanan dan segera diberi rawatan oleh anggota dari Unit EMRS.
"Lima deretan rumah kedai kelas B, iaitu separa kayu dan batu setingkat dilaporkan terbakar dalam kejadian ini. Punca dan kerugian masih dalam siasatan," jelas Ahmad Naufal.
Adie Sufian Zulkefli
Mon Dec 13 2021
Api kebakaran yang marak dengan pantas itu memusnahkan kedai perabot, kedai jualan lampin pakai buang, kedai dobi dan sebuah kediaman. - Kredit Astro AWANI
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Tiga kedai, sebuah rumah musnah dijilat api di Alor Setar
Deretan tiga buah kedai dan sebuah kediaman musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Alor Gunung, Jalan Gunung Keriang, Alor Setar.