BALIK PULAU: Polis menahan tiga lelaki yang dipercayai menjadi 'keldai akaun' kepada beberapa sindiket penipuan, sehingga menyebabkan mangsa mengalami kerugian RM41,447.70, dalam kejadian baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata tiga lelaki itu, ditahan secara berasingan di sekitar Pulau Pinang oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Barat Daya semalam.
"Dalam kes pertama polis menahan seorang lelaki berusia 37 tahun, kerana menjadi 'keldai akaun' sindiket memperdaya mangsa dalam urusan kerja sambilan tidak wujud melalui dalam talian, bersangkut laporan polis di Batu Maung, di sini.
"Berdasarkan siasatan, mangsa telah membuat beberapa transaksi secara dalam talian ke akaun bank dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM22,806," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.
Kamarul Rizal berkata kes kedua pula membabitkan penahanan seorang lelaki berusia 54 tahun, kerana menjadi 'keldai akaun' kepada sindiket memperdaya mangsa dalam urusan mendapatkan komisyen kerja sambilan melalui dalam talian.
Kamarul Rizal berkata dalam kejadian itu, mangsa telah membuat beberapa transaksi secara dalam talian ke akaun bank yang diberikan sindiket tersebut, dengan jumlah keseluruhan RM9,269.70.
Beliau berkata kes ketiga pula melibatkan penahanan seorang lelaki berusia 38 tahun, kerana menjadi 'keldai akaun' kepada sindiket memperdaya mangsa dalam urusan pinjaman wang yang tidak wujud melalui dalam talian, membabitkan kes di Bayan Baru.
"Mangsa telah membuat beberapa transaksi secara dalam talian ke akaun bank dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM9,372," katanya.
Kamarul Rizal berkata semua mereka kini direman dan tiga kes itu disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, kerana menipu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 04 2024
Supt Kamarul Rizal berkata tiga lelaki itu, ditahan secara berasingan di sekitar Pulau Pinang oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Barat Daya semalam. - Gambar hiasan/Unsplash
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
Prestasi kukuh itu adalah selari dengan fokus strategik AirAsia untuk mengembangkan kapasiti dan membina semula rangkaiannya.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Polis tahan dua wanita keldai akaun libatkan kerugian lebih RM70,000
Polis menahan dua wanita termasuk seorang warga emas dipercayai menjadi keldai akaun kepada dua sindiket penipuan sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM74,978.80, semalam.
Tiga keldai ditahan babitkan kerugian RM41,447.70
Polis menahan tiga lelaki yang dipercayai menjadi 'keldai akaun' kepada beberapa sindiket penipuan, sehingga menyebabkan mangsa mengalami kerugian RM41,447.70, dalam kejadian baru-baru ini.
Penjual cermin mata didakwa bantu sembunyi wang lebih RM600,000
Seorang penjual cermin mata mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membantu menyembunyikan wang milik seorang lelaki lebih RM600,000, tahun lepas.
Sindiket jual kad ATM tumpas, 2 pegawai bank antara 16 ditahan
Polis Selangor berjaya menumpaskan sindiket penjualan kad mesin juruwang automatik (ATM) untuk dijadikan keldai akaun dengan penahanan 16 individu termasuk dua pegawai bank.
Tujuh 'keldai akaun' ditahan babit kerugian RM325,532
Menurut polis, kesemua mereka ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Barat Daya secara berasingan di sekitar Pulau Pinang semalam.
80 individu ditahan kerana jadi 'keldai akaun' sindiket penipuan
Seramai 80 individu ditahan di Sibu sejak Januari lalu kerana disyaki menjadi 'keldai akaun' dengan menyerahkan maklumat bank kepada sindiket untuk tujuan penipuan.
Polis tahan 4 keldai akaun sindiket penipuan babit kerugian lebih RM100,000
Polis menahan tiga lelaki dan seorang wanita disyaki menjadi 'keldai akaun' kepada beberapa sindiket penipuan di Pulau Pinang.
Lelaki rugi lebih RM400,000 terperdaya janji kenalan
Mangsa percaya telah ditipu selepas lelaki terbabit gagal dikesan dan dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam.
Lelaki ditahan disyaki ‘keldai akaun’
Polis menahan seorang lelaki dipercayai menjadi 'keldai akaun' kepada sindiket penipuan sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM97,000.
Dua suspek disyaki keldai akaun ditahan babit kes penipuan RM46,953
Wanita dan lelaki masing-masing berumur 23 tahun itu ditahan di Padang Serai dan Sungai Petani, Kedah.