awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga kereta, enam motosikal musnah dalam kebakaran

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
06/09/2024
00:45 MYT
Tiga kereta, enam motosikal musnah dalam kebakaran
Kebakaran melibatkan sebuah rumah kelas C berkeluasan lantai 50 X 60 kaki persegi terbakar musnah anggaran 80 peratus. - Foto JBPM Perak
KERIAN: Tiga buah kereta dan enam motosikal musnah dalam kebakaran sebuah rumah di Parit Sungai Burong, Kuala Kurau, dekat sini, awal pagi ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 3.07 pagi.
Menurutnya, sebaik menerima panggilan kecemasan, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kurau digerakkan ke lokasi yang jaraknya kira-kira 15 kilometer.
“Kebakaran melibatkan sebuah rumah kelas C berkeluasan lantai 50 X 60 kaki persegi terbakar musnah anggaran 80 peratus.
“Turut terbakar 3 buah kereta iaitu jenis Proton Wira musnah 30 peratus, Toyota Avanza musnah 80 peratus dan Perodua Kancil musnah 80 peratus.
“Terdapat juga enam buah motosikal yang tidak dapat dikenalpasti jenisnya terbakar setiap satu mengalami 90 peratus kemusnahan,” katanya dalam kenyataan di sini.
Bagaimanapun, kata Sabarodzi, tiada mangsa yang terlibat.
Menurutnya, komander operasi mengarahkan anggota membuat pemadaman menggunakan dua aliran tiga pancutan bekalan air pam angkut dari air terbuka parit berdekatan dan bantuan tenaga dari BBP Bagan Serai, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kuala Kurau dan PBS Jalan Bawah.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Nazrizal Safila Abu Samat tamat jam 5.21 pagi.
Topic Berkaitan
#kebakaran
#rumah
#kereta
#motosikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan