Tiga kluster baharu, ini 5 perkara penting kenyataan KKM pada Isnin

Astro Awani
Mac 29, 2021 10:56 MYT
Selangor mencatat angka tertinggi dengan 219 kes jangkitan, kemudian diikuti oleh Sarawak dengan 192 kes dan Pulau Pinang sebanyak 164 kes. - Gambar fail/AP
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat tiga kluster baharu yang telah dikenal pasti pada Isnin yang melibatkan dua kluster tempat kerja dan satu kluster komuniti.
Kluster-kluster itu adalah Kluster Seksyen 16, Kluster Jalan Azlan dan Kluster Taman Vistargo.
Berikut lima perkara penting kenyataan media KKM pada Isnin;
1. Sebanyak 941 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 342,885 kes.
2. Selangor mencatat angka tertinggi dengan 219 kes jangkitan, kemudian diikuti oleh Sarawak dengan 192 kes dan Pulau Pinang sebanyak 164 kes.
3. Keseluruhan kes aktif dalam negara kini mencecah angka 14,219 kes.
4. Negara mencatatkan tambahan lima kematian baharu menjadikan jumlah keseluruhan kematian 1,260.
5. Seramai 166 pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU) dan 73 lagi memerlukan bantuan alat pernafasan.
#ICU #KKM #COVID-19 #kluster #Kementerian Kesihatan #unit rawatan rapi #Dr Noor Hisham Abdullah #Kluster tempat kerja #kluster komuniti #Malaysia