Tiga lagi kes disahkan positif koronavirus di Malaysia - KKM

Fareez Azman
Januari 28, 2020 16:43 MYT
Ia sekali gus menjadikan keseluruhan tujuh kes positif dilaporkan di negara ini sejak 25 Januari lalu.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat pertambahan tiga kes baharu positif novel koronavirus (2019-nCoV) di negara ini.
Kesemua kes positif terdiri daripada warganegara China.
Ia sekali gus menjadikan keseluruhan tujuh kes positif dilaporkan di negara ini sejak 25 Januari lalu.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh KKM menerusi satu kenyataan media, awal pagi Rabu.
Kes terbaharu jangkitan novel koronavirus melibatkan seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang kini dirawat di wad pengasingan Hospital Sultanah Maliha, Langkawi, dan seorang lelaki berusia 52 tahun yang kini dirawat di wad pengasingan Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Hati-hati dengan wabak koronavirus!
Manakala satu lagi kes positif koronavirus dicatatkan di Hospital Sungai Buloh, di mana mangsa merupakan menantu perempuan kepada mangsa pertama kes koronavirus di Singapura.
Mangsa dikatakan mengambil keputusan untuk menjaga kedua-dua anaknya yang menerima rawatan di wad pengasingan hospital berkenaan sebelum disahkan positif koronavirus.
#Hospital Sultanah Aminah #Hospital Sultanah Maliha #Kementerian Kesihatan Malaysia #KKM #koronavirus #novel koronavirus #tiga kes baharu