awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga lagi marshal ditahan di Port Dickson

Sinar Harian
Sinar Harian
23/11/2021
15:13 MYT
Tiga lagi marshal ditahan di Port Dickson
Lelaki berusia 27, 30 dan 48 tahun itu ditahan ketika menyerah diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson pada jam 3.40 petang. - Gambar/ Media sosial
PORT DICKSON: Tiga lagi lelaki yang bertindak sebagai pengiring atau marshal dengan memberhentikan kenderaan awam untuk memberi laluan kepada sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi di lampu isyarat Sua Betong di sini ditahan polis pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Aidi Sham Mohamed berkata, lelaki masing-masing berusia 27, 30 dan 48 tahun itu ditahan ketika menyerah diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson pada jam 3.40 petang.
"Kesemua mereka berasal dari Port Dickson dan bekerja sebagai pemandu lori.
"Turut dirampas tiga motosikal berkuasa tinggi iaitu jenis kawasaki GTR 1,400CC, Harley Davidson, Yamaha Tracer 900 GT, sehelai vest hijau serta beberapa barangan yang diguna oleh ketiga-tiga lelaki berkenaan ketika rakaman dibuat," katanya dalam satu kenyataan kepada media pada Selasa.
BACA: Dua marshal ditahan, empat lagi diburu
Menurutnya, secara keseluruhan seramai lima lelaki ditahan setakat ini.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan polis sedang mengesan beberapa individu yang bertindak sebagai marshal dengan memberhentikan kenderaan awam bagi memberi laluan kepada sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi di sebuah lampu isyarat di sini seperti dipaparkan dalam video tular di media sosial sejak Ahad.
Ketika kejadian, lampu isyarat jelas berwarna merah dan tindakan marsyal itu dipercayai bertujuan memberi laluan kepada sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi yang bergerak secara konvoi bagi melepasi lampu isyarat tersebut.
Pergerakan motosikal berkuasa besar itu dari arah Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH) melalui lampu isyarat Sua Betong menghala ke bulatan Sunggala, Telok Kemang.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Port Dickson
#marshal
#motosikal berkuasa besar
#konvoi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan