awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga lelaki diberkas miliki permit pergerakan palsu

Sinar Harian
Sinar Harian
24/07/2021
01:54 MYT
Tiga lelaki diberkas miliki permit pergerakan palsu
Tiga individu termasuk dua warga Indonesia ditahan kerana cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Subang Hi-Tech di sini pada Rabu. - Gambar hiasan
SUBANG JAYA: Tiga individu termasuk dua warga Indonesia ditahan kerana cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Subang Hi-Tech di sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, sepasukan anggota polis dari cawangan kereta peronda (MPV) ternampak sebuah kereta Honda Accord yang dinaiki suspek dalam keadaan mencurigakan pada jam 6 petang.
"Pemandu kereta itu diarahkan memberhentikan kenderaan tetapi dia terus memecut laju.
Polis berjaya menahan kenderaan itu di Jalan Delima 1/1 Subang Hi-Tech di sini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.
Abd Khalid memberitahu, hasil pemeriksaan menemui satu dokumen permit pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan tiada nombor siri yang didaftarkan dan dua borang kosong permit pergerakan yang disyaki dicop oleh sebuah balai polis serta beberapa helai salinan borang tersebut.
"Kita syak borang tersebut dipalsukan.
Kita masih belum menerima pengesahan ketulenan borang permit pergerakan dari balai polis berkenaan," katanya.
Tambh beliau, kesemua suspek berusia 19 hingga 23 tahun itu dibawa ke Balai Polis Subang Jaya untuk tindakan lanjut.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian. Tiga lelaki diberkas miliki permit pergerakan palsu
Topic Berkaitan
#polis
#Tahan
#warga asing
#pemeriksaan polis
#permit
#palsu
#perintah kawalan pergerakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan