MALAYSIA
Tiga lelaki didenda pindah lebih 13,000 kg karkas babi
Majistret Nurliyana Md Zuki menjatuhkan hukuman denda masing-masing RM1,500 atau tiga bulan penjara kepada S. Reneshdevan, an M. Asokkumar, selepas pertuduhan dibacakan secara serentak ke atas mereka. - Gambar hiasan
JERTIH: Tiga lelaki didenda di Mahkamah Majistret Besut di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan memindahkan secara tidak sah lebih 13,000 kilogram (kg) karkas babi dengan nilai lebih kurang RM320,000, Ogos lepas.
Ringkasan AI
Majistret Nurliyana Md Zuki menjatuhkan hukuman denda masing-masing RM1,500 atau tiga bulan penjara kepada S. Reneshdevan, 35, dan M. Asokkumar, 47, selepas pertuduhan dibacakan secara serentak ke atas mereka.
Mahkamah turut mengenakan denda RM3,000 kepada P.Nesarajan, 24, atau tiga bulan penjara selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan ke atasnya. Kesemua mereka membayar denda tersebut.
Berdasarkan pertuduhan pertama. Reneshdevan dan Asokkumar bersama-sama didapati memindahkan 6,840 kg karkas babi menggunakan lori jenis Isuzu tanpa kebenaran bertulis yang sah daripada Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu atau mana-mana pihak berkuasa veterinar.
Kesalahan itu dilakukan di tepi jalan di Kampung Apal dekat Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu di sini, pada 4.45 pagi, 9 Ogos lepas.
Pertuduhan kedua pula menyaksikan Nesarajan melakukan kesalahan sama iaitu memindahkan 6,820 kg karkas babi menggunakan lori jenis Mitsubishi Fuso pada masa dan lokasi yang sama.
Kesalahan dilakukan kesemua Orang Kena Saman (OKS) itu boleh dihukum di bawah Subseksyen 36 (1) Akta Binatang 1953 (Pindaan 2013) (Akta A1452) dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda sehingga RM15,000.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu Tuan Anuar Sulzi Tuan Abdullah manakala ketiga-tiga OKS tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Tiga lelaki didenda di Mahkamah Majistret Besut kerana memindahkan secara tidak sah lebih daripada 13,000 kg karkas babi bernilai RM320,000 pada bulan Ogos lepas.
- Hukuman denda RM1,500 atau penjara tiga bulan dikenakan kepada S. Reneshdevan dan M. Asokkumar, manakala P.Nesarajan didenda RM3,000 atau penjara tiga bulan.
- Mereka melakukan kesalahan memindahkan karkas babi tanpa kebenaran bertulis di Kampung Apal, Terengganu pada waktu dini hari, dilaporkan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu.