awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga lelaki direman bantu siasatan kes pukul di Taiping

Bernama
Bernama
13/01/2022
15:34 MYT
Tiga lelaki direman bantu siasatan kes pukul di Taiping
Tiga lelaki direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengenai video tular menerusi media sosial memaparkan seorang lelaki dipukul di Kuala Sepetang di Taiping. - Gambar hiasan
IPOH: Tiga lelaki direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengenai video tular menerusi media sosial memaparkan seorang lelaki dipukul di Kuala Sepetang di Taiping.
Ketua Polis Daerah Taiping ACP Osman Mamat berkata kesemua lelaki berusia 16 hingga 19 tahun itu ditahan pada 9.45 malam semalam oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping.
"Polis telah mengesan sebuah video berdurasi dua minit yang ditularkan menerusi Facebook bertajuk 'seorang lelaki dipukul' di kawasan Kuala Sepetang, Taiping.
"Rakaman video itu menunjukkan kejadian seorang lelaki dipukul oleh tiga lelaki," katanya dalam kenyataan hari ini.
Osman berkata susulan itu, pihaknya telah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#reman
#kes pukul
#Taiping
#Kuala Sepetang
#Polis Daerah Taiping
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan