MALAYSIA
Tiga lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh warga asing di Sibu
Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang lelaki warga asing yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan di sebuah hotel di bandar ini awal pagi tadi. - Foto hiasan
SIBU: Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang lelaki warga asing yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan di sebuah hotel di bandar ini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata ketiga-tiga suspek berusia lingkungan 27 hingga 31 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini esok bagi permohonan reman.
"Pemeriksaan awal mendapati ketiga-tiga suspek mengalami kecederaan pada bahagian lengan dan badan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian tersebut... hasil semakan juga mendapati kesemua suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata polis menerima maklumat pada 4.22 pagi bahawa seorang lelaki warga asing telah dibawa ke Hospital Sibu dalam keadaan tidak sedarkan diri dan siasatan awal mendapati mangsa, 27, dipercayai terlibat dalam pergaduhan di sebuah hotel sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Sibu akibat kecederaan serius di bahagian kepala.
Zulkifli berkata motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Beliau menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan polis.
Mereka yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran.
-- BERNAMA