awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MINDEF arah ATM siasat dakwaan budaya tidak bermoral dalam kem tentera
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
Ringgit dibuka rendah didorong langkah elak risiko tingkatkan dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga lokaliti di Sabah, Johor dikenakan PKPD selama 14 hari

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
29/08/2021
12:25 MYT
Tiga lokaliti di Sabah, Johor dikenakan PKPD selama 14 hari
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di tiga lokaliti membabitkan Sabah dan Johor bermula 31 Ogos hingga 13 September ini. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di tiga lokaliti membabitkan Sabah dan Johor bermula 31 Ogos hingga 13 September ini.
Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad menerusi kenyataan media pada Ahad berkata, keputusan itu dibuat selepas meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19 di lokaliti terbabit.
“PKPD di Sabah membabitkan dua lokaliti iaitu di Kampung Bukit Gemuk, Tawau dan Kambung Nasakot, Ranau.
“Manakala di Johor, ia melibatkan Kampung Nelayan Benut, Mukim Sungai Pinggan di Pontian.”Jelasnya dalam kenyataan tersebut.
Dalam perkembangan sama, Rodzi memaklumkan PKPD di Taman Megah Jaya (Lorong 2, 3, 9 dan 10) akan dilanjutkan 14 hari lagi sehingga 13 September ini.
Selain itu, sebanyak 37 lokaliti di Terengganu dan Sabah akan ditamatkan tempoh PKPD esok.
Di Terengganu, 33 lokaliti membabitkan Daerah Dungun iaitu 19 di Mukim Kuala Dungun dan 14 lokaliti melibatkan Mukim Sura selain satu di Kampung Bukit Cina di Besut.
Tiga lokaliti yang ditamatkan PKPD di Sabah pula membabitkan Kampung Mantanau, Kampung Pirasan Ulu dan Kampung Suang Punggur, Kota Belud.
Topic Berkaitan
#Besut
#Cina
#COVID-19
#jangkitan
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#Majlis Keselamatan Negara
#MKN
#nelayan
#perintah kawalan pergerakan
#PKPD
#Sabah
#Tawau
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan