MALAYSIA
Tiga lori tangki terbakar di Kem TUDM Batu 10, Gambang - JBPM
Mohd Razam berkata kejadian dipercayai berlaku ketika proses pemindahan minyak dari lori tangki ke tangki pengisi pesawat sedang dijalankan. - GambarJBPM Pahang
KUANTAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berjaya mengawal kebakaran melibatkan tiga lori tangki di kawasan Kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Batu 10, Jalan Gambang di sini, petang tadi.
Ringkasan AI
Pengarah JBPM Pahang Datuk Mohd Razam Taja Rahim berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 2.50 petang dan jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tas, tiba di lokasi enam minit kemudian.
"Dua daripada lori berkenaan mempunyai kapasiti 40,000 liter setiap satu, manakala sebuah lagi lori tangki berkapasiti 20,000 liter berjaya diselamatkan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu, namun kebakaran turut menyebabkan kerosakan pada sebahagian dinding bangunan berhampiran.
Mohd Razam berkata kejadian dipercayai berlaku ketika proses pemindahan minyak dari lori tangki ke tangki pengisi pesawat sedang dijalankan.
Beliau berkata operasi pemadaman dikendalikan tujuh anggota dari BBP Taman Tas menggunakan satu aliran salur bantu mula dan satu gulung hos sepanjang 100 kaki dengan satu pancutan air daripada tangki pam jentera bomba, selain dibantu enam anggota BBP Indera Mahkota dan 38 anggota Bomba TUDM yang menggunakan teknik pemadaman buih.
Sementara itu, beliau berkata kebakaran berjaya dikawal pada 3.23 petang dan operasi tamat sepenuhnya pada 4.20 petang.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- JBPM Pahang berjaya mengawal kebakaran 3 lori tangki di Kem TUDM Batu 10, Jalan Gambang tanpa mangsa dilaporkan.
- Kerosakan pada dinding bangunan berlaku akibat kebakaran yang dipercayai berlaku semasa pemindahan minyak antara lori tangki.
- Operasi pemadaman melibatkan 7 anggota BBP Taman Tas dan bantuan dari anggota lain termasuk 38 anggota Bomba TUDM, berjaya dikawal dalam tempoh 1 jam 30 minit.