awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga maut dalam kemalangan empat kenderaan

Bernama
Bernama
26/08/2019
20:49 MYT
Tiga maut dalam kemalangan empat kenderaan
Tiga maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di KM269.9, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara.
Tiga maut dalam kemalangan melibatkan empat buah kenderaan, termasuk dua motosikal, di KM269.9, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara dari Bandar Ainsdale ke Nilai sebelum Hentian Rehat dan Rawat Seremban, Isnin malam.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Sembilan Supt Ibrahim Mohd Abdul Kadir berkata dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, melibatkan dua buah lori termasuk, sebuah lori membawa tong gas dan dua buah motosikal.
"Setakat ini tiga dilaporkan maut, termasuk dua penunggang dan pembonceng motosikal, dan pemandu lori tong gas. Butiran mangsa yang maut sedang diperoleh.
"Kemalangan turut mengakibatkan tong gas yang dibawa lori berkenaan bertaburan di atas jalan raya," katanya dalam satu kenyatan di sini.
Sementara itu, Plusline menerusi laman Twitternya melaporkan sehingga pukul 10.38 malam Isnin, kesemua lorong masih terhalang.
Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas sejauh empat kilometer dari lokasi kejadian.
Plusline turut meminta orang ramai menggunakan laluan altenatif keluar di Plaza Tol Bandar Ainsdale.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bandar Ainsdale
#Ibrahim Mohd Abdul Kadir
#kemalangan empat kenderaan
#Lebuhraya PLUS
#Lebuhraya Utara-Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan