NATIONAL
Tiga maut, enam cedera dalam nahas di Telupid

Mangsa yang maut dikenali sebagai Ahmad Idham Ghani Diding, pemandu salah satu kenderaan terlibat, serta dua orang penumpangnya.
Tiga orang maut manakala enam lagi cedera dalam nahas membabitkan tiga kenderaan termasuk sebuah ambulans di Jalan Telupid berhampiran simpang Ladang Reka Halus malam tadi.
Kejadian dilapor berlaku kira-kira 9.25 malam.
Ketua Polis Daerah Beluran, Supt Sivanathan Velautham berkata seorang mangsa yang maut dikenali sebagai Ahmad Idham Ghani Diding, 18, yang merupakan pemandu salah satu daripada kenderaan terlibat serta dua orang penumpangnya.
Beliau berkata ketiga-tiga mereka tersepit di dalam kereta.
Ambulans berkenaan adalah milik Estet Wilmar, katanya.
Yang cedera merupakan pemandu dan penumpang dua lagi kenderaan. -- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami