awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga maut kemalangan dua kereta di Jalan Machap - Durian Tunggal

Bernama
Bernama
12/09/2016
09:41 MYT
Tiga maut kemalangan dua kereta di Jalan Machap - Durian Tunggal
Kesemua mangsa dalam kereta Toyota Vios itu berasal dari Gemencheh, Negeri Sembilan manakala pemandu Proton Waja berasal dari Kampung Bertam Hulu di sini. - Gambar Astro AWANI
Tiga lelaki maut dan tiga lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kereta di Jalan Machap-Durian Tunggal, Alor Gajah dekat sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt A. Asmadi Abdul Aziz berkata mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu adalah pemandu kereta Proton Waja P. Raman, 51; pemandu kereta Toyota Vios, Sin Jia Chung, 22, dan penumpangnya Yong Heh Ah, 22.
Beliau berkata tiga lagi penumpang lelaki kereta Toyota Vios itu, Yau Chin Soon, 22, dan Lee Sue Xuan, 23, cedera parah manakala Lee Lian Kuang, 22, cedera ringan dan dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.
Katanya kesemua mangsa dalam kereta Toyota Vios itu berasal dari Gemencheh, Negeri Sembilan manakala pemandu Proton Waja berasal dari Kampung Bertam Hulu di sini.
"Kereta Proton Waja yang dipandu Raman dari arah Machap ke Durian Tunggal manakala kereta Toyota Vios yang dipandu Jia Chung bersama empat rakannya dari arah bertentangan.
"Dipercayai Jia Chung hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sehingga menyebabkan perlanggaran sebelum kereta tersebut tercampak ke bahu jalan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
A. Asmadi berkata kawasan kejadian adalah gelap kerana tiada lampu jalan selain basah kerana hujan renyai ketika itu.
Katanya ketiga-tiga mayat mangsa dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hospital Alor Gajah
#kemalangan
#maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan