awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga maut, lima cedera nahas dua kenderaan

Sinar Harian
Sinar Harian
01/06/2023
14:25 MYT
Tiga maut, lima cedera nahas dua kenderaan
Tiga maut manakala lima lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta pacuan empat roda di Jalan Sengkang Teratai, Kampung Melepang Gantian, Bukit Gambir, pada Khamis. - Sinar Harian
MUAR: Tiga maut manakala lima lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta pacuan empat roda di Jalan Sengkang Teratai, Kampung Melepang Gantian, Bukit Gambir, di sini, pada Khamis.
Menurut Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Jahairi Shukor, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan berkenaan melalui talian MERS 999 pada 12.08 pagi, Khamis.
Katanya, sebaik menerima panggilan berkenaan, satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir dengan kekuatan keseluruhan seramai enam anggota telah dihantar ke lokasi.
"Setibanya ke lokasi, pasukan keluaran operasi (PKO), mendapati kemalangan berkenaan melibatkan sebuah Toyota Corrola Altis dan Toyota Hilux.
"Kemalangan melibatkan lapan mangsa yang mana tiga daripadanya disahkan meninggal dunia di lokasi manakala lima lagi mengalami kecederaan.
"Kesemua mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya manakala mangsa yang mengalami kecederaan dihantar ke hospital berhampiran," katanya.
Dalam masa sama PKO turut bertindak membuat kerja-kerja penyelamatan terhadap mangsa yang tersepit di dalam kereta Toyota Corolla Altis dan turut memberikan rawatan awal kepada mangsa yang lain.
Operasi ditamatkan sekitar 6.24 petang, Khamis.
- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#nahas dua kenderaan
#kemalangan
#Jalan Sengkang Teratai
#Muar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan