Tiga maut nahas dua kenderaan di Kuala Nerus

Astro Awani
September 26, 2018 04:30 MYT
Mangsa yang tersepit dalam kenderaan dikeluarkan dengan bantuan bomba. Foto ihsan JBPM
Tiga lelaki maut manakala tiga lagi cedera selepas terlibat dalam nahas membabitkan dua kenderaan.
Kemalangan berlaku di Simpang Felda Belara, di sini, kira kira jam 10.40 malam tadi.
Insiden itu mengakibatkan dua lelaki yang menaiki kereta Proton Iswara dan seorang penumpang kereta Proton Wira maut di tempat kejadian.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Syaifudeen Sobree Abdul Rahman, 24 tahun, Che Wan Hasbullah Che Wan Zubaidi, 22 tahun, dan Mohd Kamarul Zaman Asdi, 24 tahun.
Menurut ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerus, Pegawai Bomba Tinggi Yusman Yusof, pihaknya menerima panggilan jam 10.48 malam.
Katanya, seramai 17 pegawai dan anggota dari BBP Kuala Terengganu dan Kuala Nerus dikejarkan ke lokasi.
Mangsa yang tersepit dalam kenderaan dikeluarkan dengan bantuan bomba.
Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk bedah siasat.
Manakala mangsa yang cedera dihantar ke hospital sama untuk rawatan.
#bomba #cedera #Hospital #kemalangan #Kuala Nerus #Kuala Terengganu #maut #Nahas