MALAYSIA
Tiga maut nahas kereta, dua lori
Keadaan kenderaan terlibat kemalangan di Jalan Senai-Seelong di Kulai pada Selasa. - Foto Sinar Harian
KULAI: Tiga maut dalam nahas melibatkan tiga kenderaan di Jalan Senai-Seelong di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan maut itu pada jam 4.15 petang melibatkan sebuah kereta dan dua lori.
"Sasatan awal pihak polis mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah kereta Perodua Myvi yang dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia 68 tahun dilanggar dari belakang oleh sebuah lori.
"Kereta yang membawa tiga penumpang wanita berusia antara 65 tahun hingga 87 tahun itu telah dilanggar dari belakang oleh sebuah lori yang dipandu lelaki warga tempatan berusia 46 tahun," katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, pelanggaran tersebut menyebabkan kedua-dua kenderaan kemudian terbabas masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah lagi lori dari arah bertentangan dipandu lelaki tempatan berusia 23 tahun.
"Akibat pelanggaran itu, pemandu lori berusia 23 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," ujarnya.
Sementara seorang lagi pemandu lori dan seorang penumpang kereta katanya, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim (HTSMTI) di sini.
Menurut beliau, pemandu serta dua lagi penumpang kereta dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru bagi rawatan lanjut.
Seng Lee berkata, kes tersebut disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan itu untuk menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Ahmad Safuan Abu Naim menerusi talian 017-7573507 atau hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai.
Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Kulai, Pegawai Bomba Kanan II Malik Abd Rahman berkata, kemalangan tersebut menyebabkan pemandu kedua-dua lori tersepit di tempat duduk masing-masing.
"Pihak bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan rescue tools manakala mangsa yang tidak tersepit keluar sendiri sebelum pihak bomba tiba," katanya.
Tambah beliau, seramai 11 anggota dibantu dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan EMRS terlibat dalam operasi tersebut yang selesai jam 5.36 petang. - Sinar Harian