awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tentera Israel roboh bangunan UNRWA di Baitulmuqaddis Timur
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Selangor jadikan pembangunan Islam teras dasar negeri, berpasikan Maqasid Syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga menteri angkat sumpah Ahli Dewan Negara penggal kedua

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
03/12/2025
02:50 MYT
Tiga menteri angkat sumpah Ahli Dewan Negara penggal kedua
Upacara angkat sumpah berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah di Parlimen. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR : Tiga menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal kedua pada Rabu, bagi menyambung perkhidmatan mereka dalam pentadbiran sedia ada.
Mereka ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir; dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar.
Upacara angkat sumpah berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah di Parlimen.
Ketiga-tiga menteri berkenaan sebelum ini mengangkat sumpah sebagai Senator bagi penggal pertama pada Disember 2022.
Pada ketika itu, bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz turut mengangkat sumpah bagi penggal kedua.
Pelantikan semula ini dilihat sebagai langkah strategik bagi mengelakkan rombakan besar Kabinet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam tempoh terdekat.
Bagaimanapun, beberapa kekosongan portfolio menteri masih belum diisi, termasuk jawatan Menteri Ekonomi yang ditinggalkan Datuk Seri Rafizi Ramli; Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam selepas peletakan jawatan Datuk Seri Nik Nazmi Nik Ahmad; serta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang dikosongkan Ewon Benedick.
Buat masa ini, tugas ketiga-tiga portfolio tersebut dipangku oleh:
  • Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (Menteri Kewangan II) sebagai pemangku Menteri Ekonomi.
  • Datuk Seri Johari Ghani (Menteri Perladangan dan Komoditi) sebagai pemangku Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam.
  • Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (Menteri Kerja Raya) sebagai pemangku Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Selain itu, Anwar juga perlu melantik pengganti bagi jawatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) susulan tamatnya tempoh Senator Tengku Zafrul.
Kabinet Kerajaan MADANI masih mempunyai tempoh kira-kira satu setengah tahun sebelum mandat semasa berakhir, dan sebarang pelantikan baharu dijangka memberi isyarat penting terhadap hala tuju pentadbiran menjelang pilihan raya akan datang.
Topic Berkaitan
#Saifuddin Nasution
#Zambry Abd Kadir
#angkat sumpah
#Dewan Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan