awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga model pembukaan semula sekolah ikut saranan KKM, MKN

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
01/07/2020
09:57 MYT
Tiga model pembukaan semula sekolah ikut saranan KKM, MKN
Tiga model tersebut ialah Model Satu Sesi, Model Dua Sesi dan Model Penggiliran.
Pembukaan semula sekolah secara berperingkat bermula 15 Julai ini akan dilaksanakan menerusi tiga model pengoperasian mengikut saranan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin, berkata tiga model tersebut ialah Model Satu Sesi, Model Dua Sesi dan Model Penggiliran.
"Model Satu Sesi adalah bagi sekolah yang mempunyai bilik darjah atau ruang yang mencukupi bagi menempatkan semua murid dalam satu sesi, manakala Model Dua Sesi untuk sekolah sedia ada yang telah beroperasi secara dua sesi ataupun sekolah satu sesi yang kini perlu beroperasi secara dua sesi.
"Model yang ketiga adalah Model Penggiliran. Model ini ialah untuk sekolah yang tidak mempunyai ruang mencukupi bagi menempatkan semua murid walaupun dengan melaksanakan model dua sesi.
"Kebanyakan sekolah di dalam kategori ini adalah sekolah yang terletak dalam kawasan berkepadatan penduduk yang tinggi," kata beliau dalam sidang media khas Kementerian Pendidikan, pada Rabu.
Sekolah yang mengguna pakai Model Penggiliran perlu menentukan bentuk giliran yang sesuai berdasarkan keperluan murid, dengan mengaplikasikan kaedah pembelajaran secara hibrid, iaitu secara bersemuka di sekolah dan secara Home-Based Learning di rumah.
Maklumat senarai sekolah mengikut model yang telah ditetapkan akan dimaklumkan oleh KPM selewat-lewatnya seminggu sebelum sekolah dibuka semula sepenuhnya.
Topic Berkaitan
#Dr Radzi Jidin
#Kementerian Kesihatan
#Kementerian Pendidikan
#keselamatan
#kesihatan
#Majlis Keselamatan Negara
#model
#pendidikan
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan