awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak perempuan Kim Jong Un lakukan kunjungan pertama ke makam keluarga
AirBorneo lancar penerbangan pertama, catat era baharu dalam kesalinghubungan Sarawak
64 kampung di Terengganu dikhuatiri terjejas susulan fenomena air pasang tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga nelayan hilang ketika merawai ditemukan selamat di Indonesia

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
13/01/2025
08:40 MYT
Tiga nelayan hilang ketika merawai ditemukan selamat di Indonesia
Mangsa memaklumkan mereka kini berada di Indonesia. - Foto APMM
ALOR SETAR: Tiga orang nelayan yang dikhuatiri hilang setelah menjalankan aktiviti merawai dekat Pulau Payar ditemukan selamat dan kini berada di Indonesia.
Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa memaklumkan, phak Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi telah menerima maklumat daripada waris mangsa yang memaklumkan mereka telah dihubungi mangsa sebentar tadi.
“Mangsa memaklumkan mereka kini berada di Indonesia.
“Pihak Maritim Malaysia telah menghubungi Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) Indonesia untuk pengesahan dan dimaklumkan bahawa ketiga-tiga mangsa selamat dan berada dalam keadaan baik," menurut kenyataan itu.
Satu kenyataan rasmi dijangka akan dikeluarkan petang ini.
Sebelum ini media melaporkan tiga nelayan terbabit dikhuatiri hilang selepas tidak pulang ke pangkalan setelah menjalankan aktiviti merawai di kedudukan 10.9 batu nautika barat Pulau Payar pada Jumaat lepas.
Susulan itu pihak MRSC Langkawi menjalankan operasi CARILAMAT selepas menerima panggilan daripada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda yang memaklumkan laporan kehilangan dibuat oleh adik seorang daripada mangsa.
Topic Berkaitan
#nelayan hilang
#merawai
#ditemui selamat
#Indonesia
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan