awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
Potret syiling Ratu Elizabeth II undang kritikan di Australia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga pegawai polis didakwa terima rasuah lebih RM22,000

Bernama
Bernama
23/01/2020
11:26 MYT
Tiga pegawai polis didakwa terima rasuah lebih RM22,000
Bagaimanapun, ketiga-tiga tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.
Tiga pegawai polis dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini atas beberapa pertuduhan menerima suapan berjumlah RM22,500 sebagai dorongan untuk melepaskan tiga warga asing antara Mei dan Jun tahun lepas.
Bagaimanapun ketiga-tiga mereka, N. Ramesh, 52, Mohamad Syafiq Solah, 29 dan Muizzudin Muhammad, 32, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.
Ramesh menghadapi empat pertuduhan dengan dua pertuduhan pertama membabitkan menerima suapan RM9,000 dan RM1,500 daripada C. Kumar, 43, sebagai dorongan untuk melepaskan tiga warga asing yang berada dalam tahanan polis.
Kedua-dua pertuduhan itu didakwa dilakukan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada 4.30 petang, 28 Mei tahun lepas.
Ramesh yang kini bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah turut dituduh bersama Mohamad Syafiq menerima rasuah berjumlah RM3, 000 daripada Kumar untuk tujuan sama pada 10 malam, 30 Mei tahun lepas di IPD Petaling Jaya.
Kedua-dua mereka juga menghadapi pertuduhan menerima rasuah RM4,00 daripada Kumar untuk tujuan sama pada 5 petang, 4 Jun tahun lepas di tempat sama.
Mohamad Syafiq pula dituduh menerima suapan untuk dirinya berjumlah RM3,000 daripada Kumar juga sebagai dorongan untuk membebaskan tiga warga asing terbabit daripada tahanan polis pada 1.30 tengah hari, 3 Jun tahun lepas di IPD Petaling Jaya.
Mohamad Syafiq turut dituduh bersama Muizzudin menerima suapan RM2,000 daripada Kumar untuk tujuan sama pada kira-kira 10 malam, 30 Mei di tempat sama.
Rozilah membenarkan mereka masing-masing diikat jamin RM3, 000 bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan mereka menyerahkan pasport kepada mahkamah. Beliau juga menetapkan 6 Mac sebagai tarikh sebutan semula kes.
Peguam Azrul Zulkifli Stork mewakili Ramesh manakala Mohamad Syafiq dan Muizzudin diwakili peguam Ridha Abdah Subri.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fadzley Abdul Jalil.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#C Kumar
#IPD Batu Gajah
#IPD Petaling Jaya
#Mahkamah Sesyen Shah Alam
#menerima suapan
#Mohamad Syafiq Solah
#Muizzudin Muhammad
#N Ramesh
#pegawai polis
#Rasuah
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan