awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga pekerja binaan melecur kotak suis terbakar

Sinar Harian
Sinar Harian
21/05/2022
00:50 MYT
Tiga pekerja binaan melecur kotak suis terbakar
Kejadian berlaku apabila salah satu kotak suis pendawaian di tapak pembinaan tersebut terbakar. -JBPM
KUALA LUMPUR: Tiga pekerja tapak binaan cedera selepas salah satu kotak suis pendawaian di premis tersebut terbakar dalam kejadian di Jalan Damanlela, Bukit Damansara di sini pada Jumaat.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataan pada Jumaat berkata, dua buah jentera dan 11 anggota dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 11.26 pagi.
"Komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan tiga orang mangsa lelaki dewasa dengan mengalami 80 peratus, 30 peratus dan sembilan peratus tahap kemelecuran di bahagian badan.
"Api telah padam setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian.
"Mengikut laporan dari pemanggil, kebakaran melibatkan sebuah kotak suis yang berada di kawasan tapak pembinaan," menurut kenyataan tersebut.
Katanya, punca kebakaran masih di dalam siasatan pihak bomba dan mangsa yang cedera diserahkan kepada pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kotak suis pendawaian terbakar
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#Jalan Damanlela
#tiga orang mangsa lelaki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan