awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga pelajar cedera kemalangan ketika dalam perjalanan ke sekolah

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
13/05/2025
02:25 MYT
Tiga pelajar cedera kemalangan ketika dalam perjalanan ke sekolah
Kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha NVX yang dipercayai melanggar sebuah kereta jenis Perodua Myvi. - Gambar ihsan bomba
KUALA LUMPUR: Seorang remaja dan dua kanak-kanak lelaki mengalami kecederaan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di pusingan ‘U’ Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, pagi tadi.
Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, kejadian berlaku ketika ketiga-tiga mangsa sedang dalam perjalanan ke sekolah.
Beliau berkata, bomba menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 8.04 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi segera digerakkan ke lokasi.
"Kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha NVX yang dipercayai melanggar sebuah kereta jenis Perodua Myvi.
“Akibat pelanggaran tersebut, seorang remaja lelaki dan dua kanak-kanak lelaki mengalami kecederaan dan telah diserahkan kepada pihak ambulans untuk rawatan lanjut.
"Operasi menyelamat melibatkan seramai lapan anggota dengan kekuatan satu jentera FRT dan satu unit EMRS dari BBP Bangi,” kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#pelajar sekolah
#cedera
#Pusingan U Bangi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan