Tiga pelajar maut tembok runtuh di Jakarta Selatan

Bernama
Oktober 7, 2022 22:39 MYT
Bangunan sekolah yang terbabit dalam kejadian tembok runtuh itu terletak berhampiran sungai dan di kawasan rendah. Foto BPBD Jakarta/BERNAMA
JAKARTA: Tiga pelajar maut manakala dua lagi cedera selepas tembok sempadan sebuah sekolah runtuh di Cilandak, Jakarta Selatan akibat hujan lebat.
Hujan berterusan di ibu kota pada Khamis dan air sungai yang melimpah menyebabkan tembok sekolah itu runtuh, menurut Agensi Pengurusan Bencana Daerah dalam satu kenyataan.
Menurut jurucakapnya, Michael, bangunan sekolah itu terletak berhampiran sungai dan di kawasan rendah, sambil menambah bahawa para pegawai masih mengumpul maklumat.
Mayat dan mangsa yang cedera telah dipindahkan ke hospital, manakala pihak berkuasa menghantar pekerja untuk membersihkan serpihan runtuhan.
-- BERNAMA
#pelajar maut #tembok runtuh #sekolah #Jakarta