MALAYSIA
Tiga pelajar, seorang bekas pelajar terlibat kes rogol didakwa esok
Empat remaja termasuk seorang bekas pelajar akan didakwa di Mahkamah Baling atas kesalahan amang seksual fizikal terhadap pelajar perempuan 15 tahun. -Gambar hiasan/Pexels
BALING: Tiga pelajar dan seorang bekas pelajar yang ditahan sebelum ini kerana disyaki terlibat dalam penularan rakaman video serta perbuatan tidak bermoral membabitkan seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun akan didakwa di Mahkamah Baling pada Selasa.
Ringkasan AI
Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintenden Ahmad Salimi Md Ali berkata, pihaknya sudah menerima arahan pendakwaan daripada Timbalan Pendakwa Raya terhadap kesemua suspek yang berusia antara 15 hingga 17 tahun itu.
Menurutnya, mereka akan didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak.
“Polis memandang serius kejadian ini dan berharap orang ramai terutama ibu bapa serta penjaga memantau kegiatan dan pergerakan anak-anak, terutamanya dalam kalangan remaja,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan tiga pelajar dan seorang bekas pelajar sebuah sekolah menengah di sini ditahan selepas disyaki melakukan rogol secara berkumpulan dan menyebarkan bahan lucah.
Penahanan dilakukan selepas polis menerima laporan daripada pengadu berusia 53 tahun pada jam 8.11 malam Ahad selepas dimaklumkan guru disiplin berhubung rakaman tular anaknya yang berbogel.
Seorang daripada suspek berusia 17 tahun yang ditahan disyaki merupakan teman lelaki kepada mangsa.
Sepanjang siasatan, polis telah merampas enam buah telefon bimbit dan hasil soal siasat yang dijalankan mendapati empat suspek terlibat menyimpan serta menyebarkan bahan lucah tersebut.
Hasil siasatan juga mendapati semua suspek telah melakukan salah laku seksual terhadap mangsa pada waktu dan lokasi berasingan. -Sinar Harian
Ringkasan AI
- Empat remaja termasuk seorang bekas pelajar akan didakwa di Mahkamah Baling atas kesalahan amang seksual fizikal terhadap pelajar perempuan 15 tahun.
- Kes melibatkan rakaman video lucah dan salah laku seksual dilakukan secara berasingan, dengan enam telefon bimbit dirampas sebagai bahan bukti.
- Polis gesa ibu bapa pantau pergerakan anak-anak, suspek berusia antara 15 hingga 17 tahun termasuk teman lelaki mangsa.