Tiga pelajar tingkatan dua dibelasah kerana tidak hormati senior

Salim Aziz
Februari 9, 2020 12:00 MYT
Kejadian berlaku di sebuah sekolah berasrama penuh di Perlis pada Rabu.
Tiga orang murid tingkatan dua mengalami lebam pada badan mereka selepas dibelasah oleh lima orang pelajar tingkatan lima.
Kejadian berlaku di sebuah sekolah berasrama penuh di Perlis pada Rabu.
Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata mangsa dipercayai dibelasah akibat tidak menghormati pelajar senior tersebut.
Tambahnya, dua daripada lima suspek yang juga pelajar sekolah yang sama, dibebaskan dengan jaminan polis sejurus selepas mereka ditahan pada hari yang sama.
Manakala tiga lagi suspek kini sedang bercuti selepas mendapat kebenaran pihak sekolah.
Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
#dibelasah pelajar senior #dipukul pelajar senior #pelajar tingkatan lima #Polis Perlis #Seksyen 147 Kanun Keseksaan #tidak menghormati pelajar senior #tingkatan dua