MALAYSIA
Tiga penjawat awam ditahan kes air ketum, senjata, ubat batuk
Air ketum sebanyak 224 liter antara barangan yang ditemui pihak polis dalam serbuan Op Tapis di sebuah rumah di Taman Harapan, Jalan Silam, Lahad Datu, semalam. - Foto PDRM
LAHAD DATU: Lima lelaki termasuk tiga penjawat awam ditahan dalam serbuan Op Tapis di sebuah rumah di Taman Harapan, Jalan Silam di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Dzulbaharin Ismail berkata, pemeriksaan polis menemukan syabu seberat 0.41 gram, 224 liter air ketum dan 8.2 liter ubat batuk.
Polis turut merampas sebilah pedang samurai dan enam bilah parang, dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM11,655.40.
“Ujian air kencing mendapati seorang suspek positif dadah jenis Meth/Amp manakala empat lagi negatif. Kesemua suspek berusia antara 24 dan 38 tahun kini direman untuk siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.
Kes disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 serta Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan serta Senjata Berbahaya 1958.
Beliau menegaskan operasi berterusan akan diteruskan bagi membanteras jenayah dadah di daerah ini.