Tiga penjenayah ditembak mati

Sinar Harian
Disember 23, 2023 02:00 MYT
Keadaan di lokasi kejadian di Selayang awal pagi ini. - Foto ihsan pembaca/Sinar Harian
GOMBAK: Polis menembak mati tiga penjenayah di Selayang di sini, awal pagi ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Ariffin Mohamad Nasir berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 1 pagi.
“Setakat ini, identiti tiga individu berkenaan belum dikenal pasti sama ada warga tempatan atau warga asing.
“Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan akan memberikan maklumat lanjut berhubung kejadian itu pada sidang akhbar pada jam 2 petang ini,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu. - Sinar Harian
#Gombak #polis #penjenayah ditembak mati #Selayang