MALAYSIA
Tiga penjenayah ditembak mati, seorang anggota polis parah dilibas parang
Dzulkairi (tengah) menunjukkan parang digunakan suspek.
MELAKA: Tiga penjenayah termasuk seorang daripadanya memiliki 39 rekod jenayah dan dadah, maut ditembak polis selepas bertindak agresif dalam satu operasi di kawasan kebun sawit berhampiran Taman Tambun Perdana, Alor Gajah dalam kejadian awal pagi Isnin.
Ringkasan AI
Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkairi Mukhtar berkata, dalam kejadian 4.50 pagi itu seorang anggota polis berpangkat koperal berusia 30-an cedera parah di lengan kiri selepas dilibas parang oleh suspek.
Menurutnya, kejadian berlaku ketika sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Khas (D9), Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah melancarkan Op Casa Melaka bagi membanteras kegiatan samun di negeri itu.
“Ketika melalui kawasan kebun sawit, pasukan operasi terserempak dengan tiga lelaki dalam keadaan mencurigakan sebelum memperkenalkan diri sebagai polis.
“Ketiga-tiga suspek bertindak agresif dan berlaku pergelutan. Mereka turut melibas parang panjang ke arah anggota polis.
“Dalam situasi mengancam nyawa itu, polis terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri,” katanya pada sidang akhbar di IPK Melaka pada Isnin.
Beliau berkata, ketiga-tiga suspek disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
"Dua daripadanya berusia 24 dan 29 tahun, manakala seorang lagi belum dikenal pasti identitinya kerana tiada dokumen pengenalan diri dibawa.
"Polis turut merampas tiga bilah parang, topeng muka, sarung tangan, beg hitam dan pemotong besi di lokasi kejadian," katanya.
Tambahnya, siasatan mendapati suspek utama berusia 29 tahun memiliki 39 rekod lampau jenayah dan dadah selain turut dikehendaki polis, manakala seorang lagi mempunyai 12 rekod jenayah dan dadah.
Beliau berkata, kumpulan berkenaan yang dikenali sebagai Geng DT (Durian Tunggal) dipercayai sangat aktif melakukan jenayah samun bersenjata di Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.
“Sebanyak 20 kes di Melaka, dua kes di Negeri Sembilan dan satu kes di Selangor dikenal pasti dilakukan kumpulan ini sejak 2024 hingga 2025, dengan jumlah kerugian dianggarkan RM1.35 juta.
“Modus operandi mereka ialah menyasarkan rumah kediaman, kilang dan kenderaan dengan menggunakan parang serta batang besi selain merosakkan sistem CCTV untuk mengelak dikesan,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. - Sinar Harian
Ringkasan AI
- Seorang daripada tiga penjenayah yang terlibat dalam operasi polis di kawasan kebun sawit Alor Gajah meninggal dunia selepas bertindak agresif dan melibas anggota polis dengan parang.
- Suspek utama yang berusia 29 tahun mempunyai 39 rekod lampau jenayah dan dadah, manakala kumpulan yang dikenali sebagai Geng DT aktif melakukan jenayah samun bersenjata di Melaka, Negeri Sembilan, dan Selangor.
- Modus operandi kumpulan ini termasuk menyasarkan rumah kediaman, kilang, dan kenderaan dengan menggunakan parang serta merosakkan sistem CCTV untuk mengelak dikesan, dengan jumlah kerugian dianggarkan RM1.35 juta.