awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga penumpang cedera, bas ekspres terbalik

Sinar Harian
Sinar Harian
27/12/2023
07:20 MYT
Tiga penumpang cedera, bas ekspres terbalik
Anggota bomba membantu penumpang bas ekspres yang cedera - Foto bomba
KLUANG: Tiga penumpang cedera manakala 34 yang lain termasuk seorang pemandu terselamat apabila bas ekspres yang mereka naiki terbabas dan terbalik di Kilometer 41.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, awal pagi Rabu.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Renggam, Pegawai Bomba Kanan I, Abd Rahim Razali berkata, enam anggota digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 3.54 pagi.
"Sebaik tiba terdapat sebuah bas ekspres yang dinaiki 37 penumpang termasuk pemandu serta dua kanak-kanak lelaki dan perempuan terbabas dan terbalik.
"Anggota telah mengeluarkan tiga orang mangsa yang terperangkap di dalam bas dengan dibantu penumpang lain.
"Mangsa lelaki patah kaki manakala seorang wanita patah tulang tengkuk dan seorang lagi cedera ringan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Jelasnya, mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan operasi ditamatkan pada jam 5.10 pagi. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#penumpang cedera
#kemalangan bas
#bas terbalik
#Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan