awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga penuntut IKBN Jitra maut kemalangan ketika pulang beraya

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
05/06/2025
09:39 MYT
Tiga penuntut IKBN Jitra maut kemalangan ketika pulang beraya
Kemalangan berlaku di Kilometer 49.4 Lebuhraya Utara-Selatan pada Khamis, 5 Jun 2025, melibatkan dua motosikal dan sebuah kereta. - Foto PDRM
ALOR SETAR: Tiga penuntut Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra maut dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang Hari Raya Aidiladha di Kilometer 49.4 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) di Alor Setar menghala ke selatan, pada Khamis.

Ringkasan AI
  • Tiga mangsa maut, seorang cedera parah: Kemalangan berlaku di Kilometer 49.4 Lebuhraya Utara-Selatan pada Khamis, 5 Jun 2025, melibatkan dua motosikal dan sebuah kereta Naza Citra.
  • Mangsa dalam perjalanan pulang untuk Aidiladha: Kesemua mangsa berusia 19 tahun sedang dalam perjalanan pulang ke kampung masing-masing sempena cuti Hari Raya Aidiladha.
  • Siasatan masih berjalan: Ketua Polis Daerah Kota Setar mengesahkan bahawa kenyataan rasmi berkaitan kejadian akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Manakala seorang lagi rakan mereka cedera parah dalam kemalangan yang berlaku kira-kira jam 2.10 petang yang melibatkan dua buah motosikal dan sebuah kereta jenis Naza Citra.
Dalam kejadian itu, kesemua mangsa yang berusia 19 tahun itu menaiki dua buah motosikal dalam perjalanan pulang ke kampung masing-masing sempena cuti sambutan Hari Raya Aidiladha, Sabtu ini sebelum terbabit kemalangan.
Kesemua mangsa yang berusia 19 tahun itu menaiki dua buah motosikal dalam perjalanan pulang ke kampung masing-masing sempena cuti sambutan Hari Raya Aidiladha. - Foto PDRM
Kesemua mangsa yang berusia 19 tahun itu menaiki dua buah motosikal dalam perjalanan pulang ke kampung masing-masing sempena cuti sambutan Hari Raya Aidiladha. - Foto PDRM
Mangsa yang meninggal dunia adalah Muhamad Habil Mohd Sobri yang menetap di Gurun, manakala rakannya, Muhammad Fahmi Jam dari Jeniang, Sik dan Muhamad Arif Aifan Derani dari Bukit Selambau, Sungai Petani.
Jenazah ketiga-tiga mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata, kenyataan rasmi berkaitan kejadian akan dikeluarkan sedikit masa lagi.
Topic Berkaitan
#penuntut IKBN
#maut kemalangan
#pulang beraya
#Naza Citra
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan