awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RUU Jenayah Siber dijangka dibentangkan Mac ini - Ahmad Zahid
Lagi pegawai kanan tentera ditahan, disyaki terlibat rasuah
Dakwaan salah laku dan rasuah, Jabatan Penjara serah siasatan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga perkara penting dibawa pulang Malaysia dari WUF11 - Reezal Merican

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
01/07/2022
20:40 MYT
Tiga perkara penting dibawa pulang Malaysia dari WUF11 - Reezal Merican
REEZAL MERICAN: Kita hendak tengok amalan terbaik digunakan negara-negara tertentu yang boleh kita gunakan juga, menjadikan pembangunan perbandaran kita lebih lestari, mampan dan berdaya tahan. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Malaysia melihat tiga perkara penting hasil penyertaan negara pada World Urban Forum ke-11 (WUF11) atau Forum Bandar Dunia ke-11, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Paling utama, katanya, negara mahu belajar dari negara-negara anggota Program Petempatan Penduduk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-Habitat) dan rakan-rakan berkepentingan mengenai amalan terbaik pembangunan perbandaran yang lestari serta berdaya tahan.
Dalam masa sama, katanya, negara akan dapat berkongsi pengalaman dan dasar-dasar dilaksanakan dalam memastikan pembangunan berjalan pada landasan yang betul.
"Apa salahnya kalau kita hendak tengok amalan terbaik digunakan negara-negara tertentu yang boleh kita gunakan juga, menjadikan pembangunan perbandaran kita lebih lestari, mampan dan berdaya tahan.
"Selain daripada kita belajar, kita juga hendak berkongsi dengan dunia. Agak menakjubkan bila mana negara lain juga melihat banyak yang telah dilakukan oleh Malaysia. Kita berada di landasan yang betul."
Beliau berkata demikian semasa menjadi tetamu program Agenda AWANI yang disiarkan pada Jumaat.
Katanya, dalam banyak keadaan, Malaysia agak terkehadapan dari segi dasarnya khususnya dalam agenda perbandaran baharu
Selain itu juga, Reezal Merican berkata, WUF juga membolehkan negara meluaskan, melihat dan membina rangkaian perhubungan antara satu sama lain.
"Dalam ucapan terakhir, saya ada mengatakan, saya mahu melihat lebih rangkaian kolaborasi, sebab kena ingat, WUF11 ini tidak bersifat legislatif.
"Ia lebih bersifat perkongsian jaringan kerjasama. Kita tidak boleh melakukannya dalam keadaan silo. Inilah tiga perkara yang saya bawa pulang dari WUF11," ujar beliau.
Dalam pada itu, katanya, kementeriannya masih dalam proses untuk menubuhkan Majlis Kitaran Negara.
Jelas beliau, ia akan menjadi pusat kepada semua inisiatif pembangunan lestari negara yang akan diintegrasikan bagi merealisasikan matlamat perbandaran, agenda perbandaran baharu dan Smart City.
"Pada waktu sekarang, isu-isu yang membabitkan perkara-perkara yang menjadi kepentingan, kita angkat menjadi isu yang paling utama.
"Saya dalam proses hendak tubuh Majlis Kitaran Negara yang akan dipengerusikan Perdana Menteri, menjadikan ia pusat untuk semua inisiatif, bagi menjayakannya dengan lebih tuntas," ujarnya.
Topic Berkaitan
#WUF11
#Reezal Merican Naina Merican
#perbandaran lestari
#pembangunan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan