awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga pintu kedai sederet terbakar

Amirah Nordin
Amirah Nordin
25/02/2023
08:08 MYT
Tiga pintu kedai sederet terbakar
Sederet tiga pintu kedai musnah dalam kebakaran di Jalan Songsang, Kampung Megat Segama, Temerloh, pada pukul 11.44 pagi, hari ini.
TEMERLOH: Sederet tiga pintu kedai musnah dalam kebakaran di Jalan Songsang, Kampung Megat Segama, dekat sini, pada pukul 11.44 pagi, hari ini.
Tiga pintu kedai itu melibatkan bengkel kimpalan, bengkel motosikal dan kedai perabot, bagaimanapun, tidak membabitkan kemalangan jiwa.
Pegawai Operasi Pemadaman, Kamarul Aripin Abdul Kamis berkata, selepas menerima panggilan kecemasan, seramai enam orang anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Temerloh dengan sebuah jentera pemadam bergegas ke lokasi kejadian.
"Setiba di tempat kejadian, anggota mengesahkan berlaku kebakaran tiga buah kedai jenis kekal berukuran 24 meter x 15 meter (80 X 50 kaki) kebakaran terbakar 100 peratus tetapi tidak melibatkan mangsa.
"Operasi turut mendapat bantuan dari BBP Bukit Rangin dan BBP Mentakab dengan keanggotaan seramai 15 orang dan kekuatan dua buah jentera dan sebuah tangki ke lokasi tersebut, “ katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.
Beliau berkata, anggota dari ketiga-tiga BBP melakukan penugasan pemadaman dengan menggunakan dua aliran hos 200 dan 100 kaki, dua nozzle (muncung) serta dua aliran salur bantu daripada tangki jentera bomba.
“Kebakaran dapat dikawal dalam tempoh 45 minit kemudian pemantauan keselamatan dilakukan bagi memastikan api dipadamkan sepenuhnya.
"Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.
Topic Berkaitan
#kebakaran
#tiga pintu kedai
#temerloh
#Jalan Songsang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan