PARIT:Polis menyerbu tiga premis menjalankan perlombongan mata wang digital atau kripto yang disyaki mencuri elektrik secara sambungan haram di sekitar Seri Iskandar di sini petang semalam (Rabu).
Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Barudin Wariso berkata bertindak atas maklumat awam, pihaknya bersama pasukan operasi dari Tenaga Nasional Berhad (TNB) melakukan serbuan kira-kira 4 petang hingga 7 malam semalam.
Beliau berkata pihaknya turut menahan tujuh lelaki yang juga penjaga premis berkenaan yang berusia lingkungan 20-an untuk disoal siasat.
"Siasatan awal menunjukkan kuantiti penggunaan elektrik di premis berkenaan terlalu tinggi dan menjurus kepada kegiatan mencurigakan yang tidak sepadan dengan kadar penggunaan suatu premis perniagaan.
"Selain itu, ada rungutan terutama peniaga di bangunan premis itu yang mendakwa terdapat bunyi kuat yang mengganggu operasi kedai dan ketenteraman pengguna lain dipercayai kesan aktiviti perlombongan mata wang kripto itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Barudin berkata dalam serbuan itu, pihaknya merampas 154 unit mesin server Bitcoin bersama bekalan kuasa, 23 unit papan pemuka Bitcoin, sejumlah gulung wayar elektrik jenis tembaga, dua set lengkap komputer dan lima kotak suis pengagihan kuasa elektrik utama.
Beliau berkata kesemua suspek ditahan reman selama dua hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.
"Siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengesan dan mengenal pasti rangkaian sindiket ini dalam usaha membanteras kegiatan tidak bertanggungjawab," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 13 2021

Antara perkakasan biasa yang dugunakan dalam aktiviti perlombongan mata wang kripto. - Gambar hiasan

Geng Habib | Sindiket palsu keputusan ujian COVID-19 tumpas
Polis menangkap lima lelaki warga Pakistan yang terlibat dalam kegiatan menjual dan membeli surat ujian COVID-19 yang negatif.

ACL 2021 | JDT satu kumpulan dengan Jiangsu, Nagoya Grampus
Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), satu-satunya pasukan mewakili Malaysia dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) akan berentap dalam Kumpulan G selepas keputusan penuh undian diumumkan.

Vaksin COVID-19 | Myanmar mulakan program vaksin petugas kesihatan
Petugas kesihatan Myanmar menjadi kumpulan pertama yang diberi vaksin COVID-19 di negara berkenaan. Ia genap lima hari selepas vaksin pertama itu diterima dari India.

PKP 2.0 | Tubuh badan khas yang lebih ketat
Beberapa sektor ekonomi perlu diberikan tumpuan khusus bagi membolehkan penguatkuasaan yang sistematik ke atas industri berkenaan.
![[INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (27 Januari 2021) [INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (27 Januari 2021)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1887479/8967789641611764359059_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (27 Januari 2021)

PdPR | Pusat Internet Komuniti beri manfaat kepada pelajar
Pusat Internet Komuniti (PIK) merupakan antara pendekatan yang boleh membantu menangani masalah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ketika ini. Bagi seorang pelajar Che Hafizal Farish Che Kheari, dia sering datang ke pusat internet komuniti di sebuah kampung di Tambun untuk mengulangkaji pelajaran.

10 Berita Pilihan - (27 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

SPM | Astro Tutor TV saji program 30 hari menjelang SPM
Mulai 23 Januari (Sabtu) ini, calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bakal disajikan dengan sorotan program istimewa, '30 Hari Menjelang SPM' di platform Astro Tutor TV.

Perkeso siasat kegiatan palsukan dokumen tuntutan faedah
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sedang melakukan siasatan dalaman bagi mengenal pasti kewujudan sebarang kegiatan pemalsuan dokumen rekod pesakit bagi tujuan tuntutan faedah. Ia susulan kes pemalsuan dokumen bagi tujuan tuntutan faedah melibatkan seorang pegawai perubatan di sebuah hospital di Pulau Pinang pada 25 Januari lepas.

PM ucap selamat menyambut Thaipusam
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sambutan Thaipusam kali ini terpaksa dibuat secara bersederhana tanpa perarakan besar seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Remaja 16 tahun ditahan rancang serangan dua masjid di Singapura
Pihak keselamatan Singapura telah menahan seorang remaja lelaki tempatan berusia 16 tahun di bawah ISA.

Miliki peluru, pistol dan parang, peniaga cakoi dipenjara lima tahun
Hukuman itu dijatuhkan terhadap Kow Peng Han, 39, selepas tertuduh mengaku bersalah atas tiga pertuduhan yang dihadapinya.

Polis tumpas 'Geng Habib' dalang pemalsuan surat keputusan ujian COVID-19
Polis menahan lima lelaki warga Pakistan termasuk dalang sindiket yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pemalsuan surat keputusan ujian COVID-19 dalam beberapa siri serbuan sejak minggu lalu.

Polis nasihat semak nombor telefon panggilan yang diterima, elak jadi mangsa penipuan
Seorang peniaga lemang mengalami kerugian sebanyak RM96,930 akibat terpedaya dengan pelaburan yang kononnya dijanjikan untung lumayan.

Koperal Polis Marin didakwa lagi 101 tuduhan rasuah
Tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan hakim.

17 MPV kejar penjenayah dari Johor Bahru hingga ke Kluang
Pemeriksaan dalam kenderaan yang dipandu suspek turut menjumpai sejumlah dadah disyaki syabu dan pil ekstasi.

Gapenas buat laporan polis kenyataan Anwar yang didakwa menghasut
Gapenas membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Kinrara berikutan kenyataan menghasut yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam hantaran di Facebook, baru-baru ini.

Penipuan dalam talian semasa PKP: 14 individu ditahan, 51 kes dilaporkan
Polis Selangor menahan 14 individu terlibat dalam kes penipuan pinjaman wang tidak wujud (PTW) dalam tempoh dua minggu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

11 suspek Macau Scam direman 21 hari
Hakim Norashima Khalid memberi kebenaran itu bermula hari ini sehingga 16 Februari selepas menerima permohonan daripada pihak polis.

Sikap alpa pihak berwajib berkaitan penyelenggaraan jalan raya harus berakhir
Rakyat semakin kecewa dengan kisah keadaan jalan raya yang menyedihkan berikutan dua kes kematian yang disebabkan oleh jalan berlubang.