awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua rentung: Kebakaran dilakukan anak mangsa - Polis
Pemasangan pengecas EV perlu strategik, kerajaan digesa atasi isu sambungan grid
Ketibaan pelancong asing ke Thailand turun 7.25%, Malaysia kekal penyumbang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga rang undang-undang berkaitan pengangkutan dibaca kali pertama di Dewan Rakyat

Bernama
Bernama
27/03/2023
06:53 MYT
Tiga rang undang-undang berkaitan pengangkutan dibaca kali pertama di Dewan Rakyat
Menteri Pengangkutan Anthony Loke ketika membentangkan kesemua rang undang-undang itu hari ini berkata bacaan kali kedua juga akan dibuat pada persidangan kali ini. - Fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Tiga rang undang-undang berkaitan Kementerian Pengangkutan dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, hari ini.
Ia adalah Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2023, Rang Undang-Undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2023 dan Rang Undang-Undang Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2023.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke ketika membentangkan kesemua rang undang-undang itu hari ini berkata bacaan kali kedua juga akan dibuat pada persidangan kali ini.
Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2023 bertujuan untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) melibatkan 13 Fasal.
Selain itu, Rang Undang-Undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2023 bertujuan untuk meminda Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) yang antara lain bagi memperluas pengawal seliaan berkenaan pelesenan perniagaan pengantaraan kepada perkhidmatan kenderaan barangan.
Rang Undang-Undang Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2023 pula bertujuan untuk meminda Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan 1987, antaranya memperuntukkan kenderaan p-hailing menjadi kenderaan barangan yang tertakluk kepada lesen perniagaan pengantaraan.
-- BERNAMA
Kongsi pandangan anda di sini
Topic Berkaitan
#Rang Undang-Undang
#Kementerian Pengangkutan
#Anthony Loke
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan