Tiga remaja cedera parah kemalangan motosikal

Astro Awani
Jun 26, 2022 22:15 MYT
Tiga remaja bawah umur cedera parah selepas motosikal yang ditunggang mereka bergesel sesama sendiri di Persiaran Tan Sri Low Yow Chuan, Bandar Tasik Puteri malam tadi. -Gambar hiasan
RAWANG: Tiga remaja bawah umur cedera parah selepas motosikal yang ditunggang mereka bergesel sesama sendiri di Persiaran Tan Sri Low Yow Chuan, Bandar Tasik Puteri, di sini, malam tadi.
Insiden yang berlaku kira-kira jam 11 malam itu turut disaksikan beberapa rakan mangsa yang menunggang secara kumpulan.
Difahamkan motosikal mereka bergesel sesama sendiri menyebabkan berlaku pelanggaran.
Ketiga-tiga mereka dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan.
Punca kemalangan masih dalam siasatan.
#tiga remaja cedera parah #motosikal bergesel sesama sendiri #Low Yow Chuan #Bandar Tasik Puteri