awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga remaja ditahan ketika bertaruh judi

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
05/12/2021
12:10 MYT
Tiga remaja ditahan ketika bertaruh judi
Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Mohd Roze Shaari berkata, kesemua mereka ditahan dalam -Op Dadu- ketika baru satu jam memulakan pertaruhan judi dalam talian secara langsung melalui melalui aplikasi WeChat.
SUNGAI PETANI: Tiga remaja berusia 16 tahun antara yang ditahan bersama 10 lelaki dan tiga wanita di sebuah rumah teres di Sungai Petani ketika sedang bertaruh judi dalam talian pada 25 November lalu.
Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Mohd Roze Shaari berkata, kesemua mereka ditahan dalam “Op Dadu” ketika baru satu jam memulakan pertaruhan judi dalam talian secara langsung melalui melalui aplikasi WeChat.
"Polis baru mengesan aktiviti perjudian dalam talian secara langsung ini merupakan modus operandi baharu digunakan sindiket judi iaitu berlangsung tanpa kehadiran pemain.
“Kesemua mereka ditahan berusia 16 hingga 64 tahun,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, hari ini.
Berikutan itu, polis sedang memburu seorang lelaki yang dipercayai penganjur aktiviti perjudian terbabit berusia 52.
Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan 4(1)(g) akta sama kerana melakukan judi terbuka secara dalam talian.
Jika sabit kesalahan boleh didenda RM5,000 hingga RM50,000 serta boleh dipenjara sehingga tiga tahun.
Topic Berkaitan
#tiga remaja
#bertaruh judi
#Op Dadu
#WeChat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan