PASIR GUDANG: Tiga remaja lelaki maut manakala seorang lagi parah dipercayai berlumba sesama sendiri membabitkan tiga motosikal sehingga kemalangan di Jalan Delima, Taman Kota Masai, dekat sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata ketiga-tiga mangsa yang meninggal dunia berumur lingkungan 15 hingga 16 tahun manakala yang cedera parah berumur 17 tahun.
"Siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku kira-kira pukul 10.30 malam dipercayai ketika kesemua mangsa yang menunggang dan membonceng motosikal telah bersaing sesama sendiri sehingga bergesel dan berlaku kemalangan.
"Akibat daripada insiden tersebut, tiga mangsa telah tercampak di atas jalan dan terlanggar batu berumput bahu kiri jalan manakala seorang mangsa jatuh di batu berumput bahu kanan jalan," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Mohd Sohaimi berkata siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sehubungan itu, katanya orang ramai terutamanya ibu bapa dinasihati agar sentiasa memantau pergerakan anak-anak terutamanya yang masih di bawah umur supaya tidak membenarkan mereka menunggang motosikal dan tidak terlibat dengan aktiviti lumba haram.
Sementara itu, dalam kes berlainan, polis menahan dua lelaki berumur 21 dan 22 tahun di sini malam tadi selepas dikesan sebagai pelaku yang menunggang motosikal dengan melakukan aksi mengangkat tayar hadapan (wheelie) yang tular dalam media sosial.
Beliau bagaimanapun berkata kejadian tersebut dipercayai berlaku pada tahun lepas di Jalan Kota Masai, di sini, yang baru ditularkan menerusi media sosial.
Menurutnya, pihak polis juga telah berjaya merampas motosikal yang digunakan oleh pelaku terlibat.
"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 42(1) APJ 1987. Pihak Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan apa-apa aktiviti samseng jalanan di atas jalan raya dan pastikan sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya dan kod lalu lintas yang telah ditetapkan semasa berada di atas jalan raya," katanya.
Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 19 saat menunjukkan dua lelaki menunggang motosikal dengan membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 23 2022
Mohd Sohaimi berkata ketiga-tiga mangsa yang meninggal dunia berumur lingkungan 15 hingga 16 tahun manakala yang cedera parah berumur 17 tahun.- Foto BERNAMA
Imigresen tahan 49 warga asing tiada dokumen sah, tinggal lebih masa
Jabatan Imigresen Perlis menahan 49 warga asing yang dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan tinggal lebih masa di negara ini.
MCE labur RM200 juta bina kemudahan di Serendah
MCE Holdings Bhd (MCE) akan melabur sekitar RM150 hingga RM200 juta dalam tempoh 10 tahun untuk membangunkan kemudahan baharu
ERL hantar 20 petugas bantu operasi Makkah Metro
Seramai 20 petugas berpengalaman Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dihantar ke Arab Saudi bagi menyokong operasi perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro atau lebih dikenali Makkah Metro.
RM30 juta untuk pembangunan semula sekolah daif SK Tamu Darat - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan RM30 juta untuk membangunkan semula Sekolah Kebangsaan (SK) Tamu Darat di sini yang merupakan antara sekolah daif di negeri ini.
Rasuah: Hukuman penjara bekas ketua balai polis diganti dengan denda RM10,000
Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman penjara dua bulan yang dijatuhkan ke atas bekas ketua balai polis bagi kesalahan menerima rasuah dan menggantikannya dengan denda RM10,000.
AS mungkin tidak kena sekatan terhadap Iran, bimbang harga minyak mentah naik mendadak
Iran tidak akan lakukan serangan besar yang boleh melumpuhkan Israel dan Israel juga tidak akan berbuat demikian terhadap Iran.
AWANI Ringkas: Kes lelaki Israel miliki senjata api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Saya masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk bangkitkan semangat parti - Tengku Zafrul
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih lagi setia bersama parti itu walaupun pernah mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
AWANI Tonight: How will Iran-Israel situation evolve after tit-for-tat attacks?
Iranian officials and media are playing down the Israeli attack on Isfahan, saying it was limited to three small drones. Analyst Jonathan Lord discusses the Iranian response as concerns grow over a possible war with Israel.
AWANI Tonight: India: voters head to polls in world's biggest election
India’s 2024 general election kicks of today with over 969 million eligible voters. Rahul Mishra from Jawaharlal Nehru University shares what to expect as voters head to polls in the world’s biggest election. India, election, Narendra Modi, Rahul Mishra
Gagal patuhi lampu isyarat, 2 remaja maut motosikal bertembung kereta
Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Jalan Sultan Azlan Shah, malam tadi.
Remaja maut motosikal rempuh belakang treler
Seorang remaja lelaki maut manakala adik dan sepupunya cedera selepas motosikal yang ditunggang mangsa terbabas lalu merempuh belakang sebuah treler di Kampung Kepong.
Remaja maut rempuh kenderaan polis
Mangsa tercampak setinggi beberapa meter sebelum terjatuh apabila motosikalnya merempuh kenderaan polis.
Penyambungan haram punca warga asing maut kena renjatan elektrik
Remaja lelaki warga asing yang ditemukan maut akibat renjatan elektrik dipercayai terkena kabel elektrik daripada sambungan haram di kawasan setinggan di Kampung Datu Pangeran Batu 7.
Remaja maut terkena renjatan elektrik
Seorang remaja lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik dalam kejadian di Kampung Datu Pangeran Batu 7 di sini pada Isnin.
Remaja maut, kemalangan motosikal, kereta di Ipoh
Mangsa yang maut dikenali sebagai Mohamad Nabil Iqmal Abdullah, 17, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Remaja lelaki maut tersepit, kereta dipandu langgar belakang lori
Kereta Perodua Myvi dipandu remaja itu melanggar bahagian belakang sebuah lori muatan gas di Kilometer 34.5 Lebuhraya Elite arah utara awal pagi tadi.
Kerepek tortilla paling pedas di pasaran, seorang remaja maut akibat sahut cabaran
Insiden itu menarik perhatian umum tentang trend popular dalam talian masa kini, yang antara lain mencabar pengguna mencuba produk makanan pedas.
Remaja warga asing maut jatuh bangunan
Mangsa ditemui maut dalam keadaan tertiarap dan mengalami cedera parah di kepala dan seluruh badan.
Remaja maut selepas langgar tiang lampu
Seorang remaja maut selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai terbabas dan melanggar tiang lampu di Jalan Pohon Batu, Kg Lajau Labuan awal pagi tadi.