awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga remaja sesat di Gunung Keriang semasa cari batu kristal

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
08/05/2024
22:15 MYT
Tiga remaja sesat di Gunung Keriang semasa cari batu kristal
Operasi SAR dilakukan sepasukan anggota bomba dan turut disertai polis dan orang awam. - Astro AWANI
ALOR SETAR: Keterujaan lima remaja mendaki Gunung Keriang untuk mengutip batu kristal bertukar cemas apabila tiga daripadanya sesat, pada petang Khamis.
Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminudin Abd Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 6.02 petang.
Katanya, sepasukan 11 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar mengerakkan operasi mencari dan menyelamat (SAR).
"Operasi SAR dilakukan sepasukan anggota bomba dan turut disertai polis dan orang awam.
“Mengikut laporan kelima-lima remaja terbabit sebelum itu dipercayai mendaki gunung berkenaan bermula 9 pagi, sebelum memasuki Gua Terus, namun gagal mencari jalan keluar.
“Bagaimanapun, dua orang daripada mereka yang berusia 19 tahun akhirnya menemui jalan keluar dan bergegas turun untuk meminta bantuan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Ahmad Aminudin berkata, ketiga-tiga remaja itu berjaya ditemui dan dibawa turun pada jam 1.30 pagi tadi.
Sementara itu, salah seorang daripada remaja terbabit, Siti Norzawiyah Anuar, 19, berkata, dia bersama, tiga rakannya iaitu dua remaja perempuan berusia 14 tahun dan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun naik ke atas puncak untuk mengutip batu kristal di gua untuk dibawa pulang.
“Saya dan seorang lagi rakan lelaki yang berusia 16 tahun pula berada di hadapan tiga remaja itu.
"Ketika itu kami cuba mencari jalan keluar, tetapi tersesat dan selepas berusaha, akhirnya kami berjaya keluar, tidak sangka mereka bertiga tidak mengikut kami di belakang.
"Saya jerit nama mereka tapi tak bersahut, menyebabkan kami cuba turun guna trek yang ada sehingga kaki gunung," katanya ketika dihubungi.
Bimbang dengan keadaan rakannya itu Siti Norzawiyah meminta tolong penduduk dan menghubungi bomba.
Menurutnya, dia sudah beberapa kali ke gunung itu dan memasuki Gua Terus, namun tidak menyangka detik cemas itu berlaku.
Topic Berkaitan
#gunung keriang
#tiga remaja sesat
#batu kristal
#bomba Alor Setar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan