awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suruhanjaya Bangladesh dedah 287 mangsa culik era Sheikh Hasina dibunuh
PM Anwar adakan lawatan rasmi ke Turkiye bermula esok hingga 8 Jan
Mahkamah Paris hukum 10 individu buli siber Brigitte Macron
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga rumah Orang Asli terbakar di pedalaman Gua Musang

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
23/05/2022
05:00 MYT
Tiga rumah Orang Asli terbakar di pedalaman Gua Musang
Keadaan rumah mangsa yang hangus 100 peratus. - Astro AWANI
GUA MUSANG: Tiga keluarga Orang Asli suku kaum Temiar hilang tempat tinggal apabila tiga buah rumah kayu didiami mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Galang, Pos Hau, Gua Musang, pada Ahad.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Mohd Arifuddin Akif Mohd Noor berkata, kejadian kira-kira jam 6 petang itu menyebabkan dua buah rumah kayu hangus 100 peratus.
Katanya, sebuah rumah penduduk lagi turut musnah 25 peratus dan sebuah rumah atau balai rawatan tidak berpenghuni turut terlibat apabila terbakar lima peratus.
Mohd Arifuddin Akif berkata, kejadian kebakaran itu tidak melibatkan mangsa dan tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa direkodkan.
Menurutnya, seramai sembilan anggota bomba yang diketuainya bergegas dengan dua jentera ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada jam 6.36 petang dan api berjaya dikawal pada jam 8.45 malam.
Anggota bomba perlu melalui jalan balak dan ladang sebelum tiba di lokasi perkampungan Orang Asli kira-kira satu jam setengah selepas itu.
Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Sementara itu, Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) daerah Gua Musang, Azman Ngadiron ketika dihubungi mengesahkan kejadian kebakaran menimpa penduduk Orang Asli itu.
Katanya, buat sementara waktu keluarga Orang Asli itu tinggal di rumah saudara mara dan bantuan segera akan diberikan kepada mangsa terlibat.
Topic Berkaitan
#Orang Asli
#rumah terbakar
#bantuan
#Azman Ngadiron
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan