awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga sekeluarga mati lemas ketika berkelah

Astro Awani
Astro Awani
10/06/2022
14:40 MYT
Tiga sekeluarga mati lemas ketika berkelah
Tiga sekeluarga termasuk pasangan adik-beradik ditemukan lemas selepas berkelah bersama ahli keluarga. - Astro AWANI
SETIU: Tiga sekeluarga termasuk pasangan adik-beradik ditemukan lemas selepas berkelah bersama ahli keluarga.
Kejadian berlaku di kawasan Air Terjun Lata Changkah, Ulu Seladang, Setiu kira-kira jam 2.30 petang pada Jumaat.
Mangsa yang meninggal dikenali Syaridatul Nurfatihah Mohd Dera, 28 tahun, Syariatul Noor Safiqa Mohd Dera, 26 dan sepupu mereka Siti Aishah Mazalan, 19.
Insiden itu turut menyebabkan Sariatu Syafira, 32 tahun nyaris lemas ketika cuba menyelamatkan ahli keluarganya yang lain termasuk seorang sepupunya yang berusia 13 tahun.
Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Afandi Hussin berkata insiden itu dikatakan berlaku ketika salah seorang mangsa telah tergelincir lalu terjatuh.
Katanya, ketika terjatuh mangsa juga telah menarik dua lagi mangsa yang lain.
Afandi berkata kesemua mangsa kemudiannya berjaya diselamatkan ahli keluarga dan penduduk kampung.
Beliau berkata bagaimanapun kesemua mangsa yang dikejarkan ke Hospital Setiu itu disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital.
Topic Berkaitan
#lemas
#berkelah
#tiga sekeluarga
#air terjun lata changkah
#Setiu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan