awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa Blackpink dilantik Duta Amazing Thailand
Warisan India berkembang pesat di Malaysia - Modi
Subsidi bersasar RON95 dijangka beri penjimatan fiskal RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga selamat, tiga lagi terperangkap dalam insiden bot terdampar di Pantai Batu Rakit

Bernama
Bernama
14/12/2025
12:15 MYT
Tiga selamat, tiga lagi terperangkap dalam insiden bot terdampar di Pantai Batu Rakit
Anggota penyelamat membantu menyelamatkan kru bot yang terperangkap di dalam bot tunda yang terdampar di sekitar kawasan pembinaan benteng pemecah ombak di Pantai Batu Rakit, hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA NERUS: Tiga kru bot warga Indonesia terselamat manakala tiga lagi masih terperangkap di dalam bot tunda yang terdampar di sekitar kawasan pembinaan benteng pemecah ombak di Pantai Batu Rakit, di sini petang ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata berdasarkan maklumat awal, enam kru bot termasuk kapten telah berlepas dari Pelabuhan X One di Songkhla, Thailand menuju ke Punggol, Singapura Rabu lepas.
Beliau berkata bagaimanapun sekitar 1 tengah hari tadi, bot yang dinaiki mereka mengalami kerosakan dan dihanyutkan ombak ke Pantai Batu Rakit, dekat Kampung Tanjung di sini.
"Polis menerima laporan pada 4.30 petang tadi daripada orang awam. Setiba di lokasi, kita dapati terdapat sebuah bot tunda terdampar di pesisir pantai berkenaan.
"Tiga kru berjaya diselamatkan orang awam manakala tiga lagi terperangkap di atas bot. Usaha mengeluarkan mangsa masih dijalankan oleh polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Azli berkata usaha menyelamat mangsa agak sukar dan mengambil masa berikutan cuaca buruk serta ombak kuat yang melanda sejak malam tadi.
Beliau berkata polis telah memasang tali garisan kuning bagi mengelak orang awam memasuki lokasi.
"Setakat ini tiada kehilangan nyawa dilaporkan. Tiga kru yang diselamatkan berada di bawah pemantauan pasukan perubatan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu.
--BERNAMA
TAG: kru, bot, Pantai Batu Rakit, JBPM, polis.
Topic Berkaitan
#Pantai Batu Rakit
#bot terdampar
#terperangkap
#selamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan