awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga suspek kes pecah pejabat ditahan

Bernama
Bernama
25/01/2018
03:47 MYT
Tiga suspek kes pecah pejabat ditahan
Ketiga-tiga suspek akan dibawa ke mahkamah majistret hari ini untuk mendapatkan perintah reman. - Gambar hiasan
Polis menangkap tiga suspek lelaki tempatan dipercayai terlibat dalam kes pecah sebuah pejabat di Parkcity baru-baru ini, pada 5 petang semalam.
Ketua Polis Bintulu Supt Zulkipli Suhaili berkata tiga lelaki berumur antara 22 dan 29 tahun itu ditahan di kawasan Parkcity Commercial Centre, Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce oleh pasukan ronda cegah jenayah.
"Hasil risikan menemukan pihak polis dengan pelbagai barangan disyaki dicuri seperti dua unit komputer riba dan tiga unit telefon bimbit yang disimpan di tempat tinggal suspek dan yang telah dijual," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Polis turut merampas pelbagai peralatan dipercayai digunakan untuk melakukan kegiatan pecah rumah seperti alat pemotong besi, spanar dan pemutar skru.
"Ketiga-tiga suspek akan dibawa ke mahkamah majistret hari ini untuk mendapatkan perintah reman," katanya lagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#curi
#pecah
#pecah rumah
#pejabat
#polis
#reman
#suspek
#Zulkipli Suhaili
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan