Tiga tahun selepas kehilangan MH370, sebab pesawat Malaysia Airlines itu melencong dari laluan yang dirancang kekal sebagai teka-teki bagi pasukan penyiasat.
Laporan interim ketiga mengenai perkembangan siasatan kehilangan Boeing 777 itu juga menyatakan tiada bukti mencukupi untuk menentukan sama ada pesawat tersebut pecah di udara atau semasa impak pada permukaan lautan.
"Memandangkan serpihan pesawat mahupun perakam data penerbangan masih belum ditemui, pasukan penyiasat tidak mempunyai bukti penting untuk menentukan dengan pasti sebab-sebab pesawat itu melencong dari laluan penerbangan yang dirancang," kata laporan tersebut.
Laporan itu dikeluarkan bersempena ulang tahun ketiga insiden yang menyaksikan pesawat tersebut yang membawa 239 orang hilang pada 8 Mac 2014 semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Pada 25 April 2014, Malaysia menubuhkan pasukan penyiasat bebas kemalangan udara yang sebelum ini dikenali 'Pasukan Penyiasatan Keselamatan Lampiran 13 ICAO Malaysia bagi MH370', untuk menyiasat insiden kehilangan Penerbangan MH370.
Laporan juga menyebut selain flaperon kanan, sebahagian daripada kedua-dua kelepak luar sebelah kanan dan kiri yang ditemukan turut disahkan milik MH370.
Beberapa serpihan lain turut disahkan sebagai hampir pasti daripada pesawat itu, antaranya barangan dalaman kabin.
Laporan itu berkata berdasarkan pemeriksaan terhadap kerosakan pada kelepak luar kanan dan flaperon kanan berkenaan, adalah disimpulkan bahawa kelepak terbabit berkemungkinan besar pada kedudukan retrak.
Penemuan serpihan dalaman kabin, kata laporan itu mencadangkan pesawat berkenaan berkemungkinan pecah.
"Bagaimanapun, maklumat adalah tidak mencukupi untuk menentukan sama ada pesawat itu pecah di udara atau semasa impak pada permukaan lautan," kata laporan tersebut.
Menurut laporan itu beberapa bahagian lain turut ditemukan di sepanjang pantai perairan Afrika tenggara dan pemeriksaan terhadap barangan terbabit sedang berterusan.
Katanya sekalipun bukti yang ada terhad, siasatan telah mengenal pasti beberapa isu utama dalam sistem penerbangan awam yang boleh ditambah baik bagi meningkatkan keselamatan pada masa depan.
Berdasarkan maklumat yang ada, laporan itu berkata pasukan penyiasat sedang memuktamadkan analisis, penemuan serta rumusan selain syor-syor keselamatan dalam lapan bidang yang dikaitkan dengan kehilangan MH370.
Aspek-aspek yang disemak semula oleh pasukan itu ialah pengubahan haluan dari pelan laluan penerbangan yang dirancang; operasi perkhidmatan trafik udara; profil kru penerbangan; kelayakan terbang dan penyelenggaraan serta sistem pesawat; dan komunikasi satelit, bangkai pesawat dan impak.
Bidang lain ialah maklumat organisasi dan pengurusan Jabatan Penerbangan Awam Malaysia serta Malaysia Airlines; dan konsainan kargo pesawat.
Pasukan penyiasat merangkumi 19 rakyat Malaysia dan tujuh wakil bertauliah daripada tujuh pihak berkuasa siasatan keselamatan dari tujuh negara.
Laporan interim pertama dan kedua masing-masing dikeluarkan pada 8 Mac 2015 dan 8 Mac 2016.
Sementara itu, satu majlis persendirian bagi memperingati MH370 diadakan di Lapangan Terbang KL, dihadiri warga kerja syarikat penerbangan serta anggota keluarga kru pesawat yang hilang tersebut.
Pencarian dasar laut pesawat di selatan Lautan Hindi digantung pada 17 Jan lalu. -- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 08 2017

Tiga tahun selepas kehilangan MH370, sebab pesawat Malaysia Airlines itu melencong dari laluan yang dirancang kekal sebagai teka-teki bagi pasukan penyiasat. -Gambar fail

KPDNHEP lancar Op Harum kekang salah guna nama harumanis
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melancarkan Op Harum 1.0 untuk mengekang penyalahgunaan perihal 'harumanis' bagi mangga yang bukan berasal dari Perlis.

Pesilat negara pulang dari Kyrgyzstan positif COVID-19
Atlet yang identitinya tidak didedahkan itu kini berada di Pusat Rawatan dan Kuarantin Berisiko Rendah (PKRC) MAEPS Serdang.

Ekzos Bising | Isu perlu ditangani semua agensi - Wee Ka Siong
Semua agensi perlu melihat kembali kaedah terbaik menangani isu ekzos bising bermula dari pengeluaran sehingga penjualan.

COVID-19 | Perintah berkurung di Pakistan menjelang Ramadan
Berbaki hanya beberapa hari lagi sebelum ketibaan bulan Ramadan, perintah berkurung dikuatkuasakan di Pakistan. Menurut pihak berkuasa, kawalan diperketatkan bagi mengekang gelombang ketiga jangkitan COVID-19 di negara itu.

Suspek curi kenderaan cuba rempuh, polis lepas dua das tembakan
Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, anggota polis terbabit terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri, namun suspek sempat meloloskan diri.

Kenyataan Media | Penjualan saham MSSB tertakluk perjanjian
Kementerian Kewangan menjelaskan tentang laporan media mengenai dakwaan penjualan saham milik Mkd Signature Sdn Bhd (MSSB) iaitu syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) di dalam Mulia Property Development Sdn Bhd (MPDSB) yang memiliki bangunan Exchange 106 di dalam projek Tun Razak Exchange (TRX).

Cabutan Wow SSPN-i Plus | Rezeki Ramadan, ibu tunggal bawa pulang kereta mewah
Ramadan yang bakal menjelma beberapa hari lagi pasti lebih bermakna buat seorang ibu tunggal, Sonita Sudin, 43 tahun, apabila dia merupakan pemenang tempat pertama Cabutan Wow SSPN-i Plus Tahunan 2020.

Politik | Pas masih bersama UMNO dan Bersatu
Pas masih kekal bersama Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional. Tiada perubahan pada kedua-dua kerjasama itu, walaupun Badan Perhubungan UMNO Terengganu, mengumumkan bertanding di semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum akan datang.

Kartel Daging | Untung tahunan sehingga RM52 juta
Untung tahunan 1 juta hingga 52 juta ringgit. Itu keuntungan syarikat pengedaran daging sejuk beku yang berkomplot dalam pengedaran kartel daging. 19 syarikat pengedar sejuk beku dikenal pasti berkomplot dalam kesalahan pakatan jahat jenayah berhubung pengedaran kartel daging. Ia membabitkan tujuh syarikat di Johor, masing-masing empat di Kuala Lumpur dan Selangor, dua di Pulau Pinang, serta satu syarikat di Perak dan Kedah.

Kes baharu COVID-19 kekal 4 digit, Selangor catat 535 kes
Malaysia merekodkan 1,739 kes baharu COVID-19 untuk tempoh 24 jam yang lalu. Ia sekali gus menjadikan kumulatif kes positif ketika ini adalah 360,856 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, Selangor menjadi negeri yang mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 535 kes.

Adakah pencarian baharu MH370 akan menyembuhkan luka lama?
Tujuh tahun telah berlalu selepas pesawat malang MH370 hilang daripada radar namun misteri Boeing 777 masih terus berlegar. Perlukah pencarian pesawat baharu dijalankan untuk menoktahkan jawapan yang

Berita antarabangsa pilihan sepanjang Selasa
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

UK larang pesawat Boeing 777 guna ruang udara
Larangan itu susulan insiden enjin pesawat jenis Pratt & Whitney 4000-112 yang terbakar baru-baru ini di Denver.

Boeing gantung pengeluaran model 777 susulan insiden kegagalan enjin
Penggantungan tersebut membabitkan sebanyak 128 buah pesawat yang menggunakan enjin Pratt & Whitney PW-400.

Kementerian Pengangkutan enggan komen isu pesawat Pakistan International Airlines ditahan di Malaysia
Kementerian Pengangkutan tidak akan membuat kenyataan mengenai insiden pesawat milik PIA yang dilaporkan ditahan pihak berkuasa Malaysia.

Enam tahun berlalu, kehilangan MH370 kekal misteri
Keluarga 239 penumpang dan anak kapal pesawat Boeing 777 itu masih menanti pengakhiran episod tragis itu.

Naik pesawat pulang dari Wuhan; duduk terkandang, tidak perlu bimbang
Penumpang yang pulang dari Wuhan naik pesawat tidak perlu bimbang keadaan terkandang kerana udara dalam kabin ditapis untuk kitaran.

Kanak-kanak ditemukan mati dalam ruang pendaratan pesawat
Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti identiti kanak-kanak yang dipercayai seorang warga Afrika.

Suspek utama MH17 nafi penglibatan pemberontak Ukraine
Salah seorang suspek yang dinamakan sebagai perancang utama insiden Malaysia Airlines MH17 menafikan pemisah pro-Rusia sebagai dalang di sebalik serangan peluru berpandu BUK

Genap lima tahun esok, MH370 kekal misteri yang belum terjawab
Operasi pencarian berakhir Mei tahun lepas apabila syarikat eksplorasi yang berpangkalan di AS, Ocean Infinity gagal mengesan pesawat malang itu selepas melakukan pencarian lebih 112,000km persegi.