awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan

Tiga termasuk pasangan suami isteri maut dalam dua kejadian bunuh berasingan

Rudi Affendi Khalik
Rudi Affendi Khalik
20/05/2022
15:56 MYT
Tiga termasuk pasangan suami isteri maut dalam dua kejadian bunuh berasingan
Lokasi kejadian bunuh kedua dipercayai pasangan suami isteri maut.
SERIAN: Tiga individu maut dengan dua daripadanya diklasifikasikan sebagai kes bunuh dalam dua kejadian berasingan di Serian pada Khamis.
Menurut Ketua Polis Daerah Serian, DSP Aswandy Anis, kes pertama berlaku sekitar jam 4.00 petang, membabitkan seorang lelaki dibelasah sekumpulan lelaki, kira-kira 50 meter dari rumahnya di Balai Ringin.
Mangsa yang kemudian tidak sedarkan diri segera dikejarkan ke Klinik Kerajaan Balai Ringin oleh isterinya, sebelum dipindahkan ke Hospital Umum Sarawak di Kuching.
Sekitar jam 5.00 pagi Jumaat, sepasukan anggota daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Serian telah menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam serangan tersebut.
"Kes bagaimanapun diklasifikasi semula sebagai bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan apabila mangsa meninggal dunia sekitar jam 8.45 pagi," katanya.
Kes kedua pula berlaku sekitar jam 8.00 malam hari yang sama di ruangan dapur, sebuah rumah kongsi pekerja di Ladang WFM Melikin.
Kata Aswandy, mangsa merupakan pasangan suami isteri berusia 44 dan 47 tahun.
"Siasatan awal mendapati isteri mangsa mengalami kecederaan di bahagian tengkuk manakala suaminya cedera di bahagian leher.
"Kedua-duanya merupakan pekerja ladang berkenaan dan berstatus warga asing.
Kes kata Aswandy lagi, juga disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana bunuh diri. Manakala punca dan motif kedua-dua kes masih dalam siasatan.
Topic Berkaitan
#Bunuh di Serian
#kes bunuh
#suami isteri dibunuh
#Balai Ringin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.