awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga termasuk seorang wanita hamil maut, kereta terbabas

Sinar Harian
Sinar Harian
21/11/2024
00:45 MYT
Tiga termasuk seorang wanita hamil maut, kereta terbabas
Tiga maut dalam kemalangan berhampiran IOI Putrajaya, pada Khamis. - Foto Bomba Selangor
CYBERJAYA: Tiga termasuk seorang wanita hamil maut selepas kereta dinaiki terbabas berhampiran IOI Putrajaya, di sini, pada Khamis.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian pada jam 12.10 tengah malam.
Menurutnya, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya kemudian telah dikejarkan ke lokasi.
"Terdapat empat mangsa warga tempatan berusia lingkungan 20 hingga 40-an iaitu dua lelaki dan dua wanita hamil dalam kereta jenis Perodua Viva terbabit.
"Kereta dinaiki mangsa dipercayai terbabas sendiri," katanya pada Khamis.
Beliau berkata, seorang wanita dilaporkan parah dan telah dikejarkan ke Hospital Putrajaya.
Tambahnya, tiga lagi iaitu dua lelaki dan seorang wanita disahkan meninggal dunia.
"Kesemua mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Nahas
#terbabas
#wanita hamil
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan