MALAYSIA
Tiga warga Bangladesh maut, 2 cedera MPV terbabas
Tiga warga Bangladesh maut, dua cedera dalam kemalangan MPV terbabas di LPT berhampiran Kuantan, lewat petang semalam. - Foto Sinar Harian
KUANTAN: Tiga lelaki warga Bangladesh maut manakala dua lagi rakan senegara mereka cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki terbabas di Kilometer 200.8 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) hala barat, di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, mangsa yang maut ialah pemandu kenderaan, Md Sabber Hasan, 30, serta dua penumpang, Md Jahid Hasan, 21, dan Abdullah, 24.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintenden Mohd Adli Mat Daud berkata, kesemua mangsa menaiki kenderaan jenis Toyota Avanza yang dipercayai dalam perjalanan dari arah Kuantan menuju ke Kuala Lumpur.
“Siasatan awal mendapati kenderaan tersebut hilang kawalan ketika melalui laluan lurus sebelum terbabas ke bahu kiri jalan.
“Ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan dan dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk proses bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, dua lagi penumpang yang cedera dikenali sebagai Md Habib Bissas, 45, yang mengalami luka di kepala dan Maniram Chandra Bas, 40, mengalami kecederaan pada anggota badan.
Jelasnya, kedua-dua mangsa telah dihantar ke HTAA dan ditempatkan di Zon Rawatan Hijau.
Tambahnya, pemeriksaan terhadap kenderaan mendapati ia mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan, selain cukai jalan didapati telah tamat tempoh sejak Mei 2025.
“Semakan juga mendapati pemandu tidak memiliki lesen memandu yang sah,” katanya.
Menurut beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat kemalangan jalan raya.
Katanya, pemeriksaan lanjut terhadap kenderaan akan dijalankan oleh pihak Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).
“Kita juga sedang mengesan saksi kejadian manakala usaha mengesan majikan kepada semua mangsa sedang giat dijalankan.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan atau mana-mana balai polis berhampiran,” ujarnya.
Sehubungan itu, Mohd Adli menasihati orang ramai agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya serta memastikan kenderaan berada dalam keadaan selamat sebelum memulakan perjalanan, terutamanya di lebuh raya pada waktu malam. - Sinar Harian