SARA 2025: Semakan Kelayakan Dibuka – RM100 Dikredit Terus ke MyKad
MALAYSIA

Tiga warga China dipenjara 28 bulan mengaku salah pecah rumah

Bernama 21/08/2025 | 10:05 MYT
Ketiga-tiga mereka secara bersama-sama dituduh melakukan pecah masuk ke rumah seorang lelaki untuk mencuri, di Kuala Perlis. - Foto Bernama
KANGAR: Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 28 bulan terhadap tiga lelaki warga China, selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan pecah rumah di Kuala Perlis dekat sini pada Julai lepas.


Ringkasan AI
  • Tiga lelaki warga China dijatuhkan hukuman penjara 28 bulan oleh Mahkamah Majistret Kangar selepas mengaku bersalah atas kesalahan pecah rumah di Kuala Perlis pada 18 Julai.
  • Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 457 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima hingga 14 tahun serta denda atau sebatan jika disabitkan kesalahan.
  • Pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Mandarin, dan ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam; pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Natasha Azmi.


Majistret Ana Rozana Mohd Nor memerintahkan Yin Guanghua, 50, Lin Bingde, 54, dan Luo Zhibing, 38, menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh mereka ditangkap pada 18 Julai lepas.

Ketiga-tiga mereka secara bersama-sama dituduh melakukan pecah masuk ke rumah seorang lelaki berusia 62 tahun untuk mencuri, di Taman Bukit Kubu Fasa 2, Kuala Perlis pada 10.13 malam, 18 Julai.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan didenda sekiranya disabitkan kesalahan.

Jika kesalahan itu ialah mencuri, dipenjarakan maksimum 14 tahun dan didenda bagi tiap-tiap kesalahan kali kedua dan selanjutnya dipenjarakan seperti di atas dan didenda atau disebat sekiranya disabitkan kesalahan.

Pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam Bahasa Mandarin kepada tiga lelaki berkenaan.

Pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya Natasha Azmi, manakala kesemua warga China itu tidak diwakili peguam.

-- BERNAMA




#warga china #pecah rumah #Kuala Perlis #dipenjara