awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
2,500 pertubuhan belia disasar mohon Geran SejaTi MADANI
Rundingan dengan AS hanya berjaya jika hak rakyat Iran dihormati - Araghchi
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga warga Myanmar maut akibat keracunan

Bernama
Bernama
20/10/2023
15:19 MYT
Tiga warga Myanmar maut akibat keracunan
Bedah siasat telah dijalankan di Hospital Rompin hari ini dan mendapati mangsa meninggal dunia akibat keracunan. - Gambar hiasan
KUANTAN: Tiga warga Myanmar ditemukan meninggal dunia dipercayai akibat keracunan di dalam sebuah kabin di tapak projek di Jalan Anggerik, Rompin, Selasa lepas.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian yang melibatkan mangsa lelaki berusia antara 21 dan 33 tahun itu pada 3.15 petang, hari sama.
"Hasil pemeriksaan awal terhadap kawasan sekeliling dan badan mangsa mendapati tiada sebarang unsur jenayah dapat dikaitkan," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.
Beliau berkata bedah siasat telah dijalankan di Hospital Rompin hari ini dan mendapati mangsa meninggal dunia akibat keracunan, namun punca sebenar belum diketahui kerana masih menunggu laporan ujian makmal.
Buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mati
#keracunan
#polis
#Myanmar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan